|
Apabila pandemik Covid-19 melanda pada 2020, pelbagai perkara dihentikan buat sementara waktu demi keselamatan seperti sekolah, pelancongan, pekerjaan dan banyak lagi.
kredit foto: YouTube
Baru-baru ini, sebuah pasangan Jepun berasa gembira apabila mereka dapat menikmati durian di Malaysia buat kali pertama dalam tempoh dua tahun selepas terperangkap di Hong Kong akibat pandemik Covid-19.
Difahamkan, saluran Youtube iChang RM telah kembali ke Malaysia untuk makan makanan di negara ini seperti nasi lemak, nasi kandar, sate, durian dan lain-lain lagi.
Malahan, juruwang di gerai durian itu masih mengenali mereka.
kredit foto: YouTube
Menjengah ruang komen di video mereka, ramai berkata, durian kampung adalah salah satu durian yang terkenal selain Musang King. - CARI |
|