CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

[Johor] Sewa rumah untuk simpan, bungkus dadah

[Copy link]
Post time 22-6-2022 09:51 AM | Show all posts |Read mode

DADAH yang dirampas daripada seorang lelaki warga tempatan yang disyaki mengedar dadah. FOTO Ihsan PDRM

Iskandar Puteri: Tindakan seorang lelaki menyewa rumah di kawasan berpagar dan berpengawal untuk dijadikan tempat menyimpan dan membungkus dadah, akhirnya terbongkar apabila ditahan polis, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 3.20 petang, di sekitar kawasan Iskandar Puteri itu, suspek berusia 40 tahun itu ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri selepas disyaki mengedar dadah.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, suspek warga tempatan itu ditahan polis bersama sejumlah dadah dan hasil ujian saringan awal air kencingnya juga positif methamphetamine.

"Modus operasi suspek ini adalah dengan menyewa rumah 'gated and guarded' untuk dijadikan sebagai tempat menyimpan dan membungkus dadah bagi mengaburi pihak polis.

"Hasil semakan rekod lampau, suspek juga mendapati dia mempunyai enam rekod lampau berkaitan dadah," katanya.

Rahmat berkata, dalam serbuan itu, 903 gram syabu yang dianggarkan bernilai RM32,500 dirampas, manakala sebuah kereta Mercedes Benz E250 bernilai kira-kira RM70,000 disita.

Katanya, suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Pada masa sama, Rahmat meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis berhubung aktiviti individu yang disyaki mengedar dadah.

"Orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat berkaitan pengedar dadah kepada pihak polis bagi memudahkan kita mengesan dan menangkap pengedar dadah ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... impan-bungkus-dadah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.235756 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list