CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 413|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Mengaku 'makan suap' RM5,000

[Copy link]
Post time 21-6-2022 04:44 PM | Show all posts |Read mode

Bekas penyelia tapak sebuah syarikat, Mohd Zakiuddin Ridzuan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5,000 daripada seorang lelaki sebagai balasan mengesahkan dokumen berkaitan pemeriksaan tapak binaan, tahun lalu. FOTO AZRUL EDHAM

Seremban: Bekas penyelia tapak sebuah syarikat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban di sini, tadi, atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5,000 daripada seorang lelaki sebagai balasan mengesahkan dokumen berkaitan pemeriksaan tapak binaan, tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Zakiuddin Ridzuan, 38, dijatuhi hukuman penjara 14 hari bermula tarikh jatuh hukum dan didenda RM25,000.

Jika gagal membayar denda, dia boleh dipenjara selama enam bulan.

Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan hakim, Rushan Lutfi Mohamed selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Menurut kertas pertuduhan, Mohd Zakiuddin secara rasuah menerima daripada seorang lelaki suapan wang tunai RM5,000 sebagai dorongan untuk mengesahkan dokumen 'Request For Inspection' (RFI) yang disediakan sebuah syarikat bagi kerja pembinaan struktur saliran di Projek Pembangunan Kompleks Sukan Rembau.

Kesalahan dilakukan antara jam 12 tengah hari hingga jam 2 petang 15 Mac 2021 di sebuah restoran makanan segera di Jalan Seremban - Tampin di sini.

Dengan itu tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-makan-suap-rm5000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:00 AM GMT+8 , Processed in 3.157534 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list