CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 412|Reply: 1

[Pulau Pinang] `Jangan bandingkan saya dengan Zuraida' - Azmin

[Copy link]
Post time 20-6-2022 10:30 PM | Show all posts |Read mode
`Jangan bandingkan saya dengan Zuraida' - Azmin

Jun 20, 2022 @ 9:50pm



Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kiri) dan Datuk Zuraida Kamarudin. - Foto NSTP



BALIK PULAU: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta semua pihak agar tidak membandingkan dirinya dengan Datuk Zuraida Kamarudin yang berhijrah menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Mohamed Azmin, yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata beliau akan terus berjuang dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat bersama BERSATU.

"Saya rasa tidak perlu bandingkan saya dengan orang lain kerana apabila saya pilih menyertai BERSATU, ia bukan paksaan malah saya menyertai parti ini kerana ia dekat dengan diri saya yang mahu parti yang progresif dan inklusif kepada semua.

"BERSATU telah lakukan anjakan paradigma dalam perlembagaan parti yang membuatkan parti ini terbuka kepada semua kaum. Jadi, saya perlu pertahan dan perkukuhkan parti bersama kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya juga akan beri tenaga serta sumbangan untuk kukuhkan BERSATU.

"Saya juga yakin dengan dasar yang dibawa BERSATU sehingga boleh membantu negara keluar daripada kemelut dan krisis kesihatan, ekonomi serta politik akan membuatkan parti ini diterima rakyat pada pilihan raya nanti," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Parlimen Balik Pulau, hari ini.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa pihak membandingkan beliau dengan rakan sekutunya sebelum ini iaitu Zuraida yang meninggalkan Bersatu dan menyertai PBM pada 26 Mei lalu.

Pada Ogos 2020, beberapa pemimpin PKR termasuk Mohamed Azmin dan Zuraida, yang bergerak melalui badan bukan kerajaan iaitu Penggerak Komuniti Negara, mengumumkan keputusan menyertai BERSATU.

Ahli Parlimen Gombak itu juga berkata, beliau sedia bertanding di mana-mana kerusi yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan BERSATU kerana patuh kepada keputusan parti.

Katanya, beliau telah melakukan segala upaya untuk membangunkan Gombak selain membina hubungan dan semangat kekeluargaan sejak sekian lama bersama rakyat serta yakin kawasan itu akan kekal di tangan Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Diminta mengulas spekulasi bahawa beliau akan kembali menyertai PKR selepas didakwa berjumpa dengan dua wakil parti itu di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, baru-baru ini, Azmin berkata perkara itu hanya spekulasi semata-mata.

"Saya jumpa ramai orang, saya tidak ingat siapa saya jumpa, saya juga pergi banyak hotel. Nama pun spekulasi," katanya.– BERNAMA






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2022 02:38 AM | Show all posts
abis nak bandingkan dengan sapa?? diva AA?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 194972 Replies : 4522
IKAN PALING CANTIK DI DUNIA
zasrfikriIKAN PALING CANTIK DI DUNIA
Views : 12674 Replies : 2
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16443 Replies : 49
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30484 Replies : 162
Baju Pengantin kembang Setaman
FARRAZOOLBaju Pengantin kembang Setaman
Views : 10758 Replies : 56
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30157 Replies : 182
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 113095 Replies : 486
patung singa
ainacutepatung singa
Views : 3958 Replies : 34
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6887 Replies : 48
Hipokrit zaman sekarang
chaconHipokrit zaman sekarang
Views : 4379 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.060907 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list