CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 420|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Peniaga 'hangus' setengah juta ringgit

[Copy link]
Post time 19-6-2022 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Seremban: Teruja untuk untung besar akhirnya menyebabkan seorang peniaga 'hangus' duit sebanyak RM500,000.

Itu nasib seorang wanita yang kerugian apabila diperdaya skim pelaburan menggunakan aplikasi media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan Superitendan Aibee Ab Ghani berkata, penipuan bermula apabila mangsa wanita berusia 35 tahun menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp dihantar seorang lelaki tidak dikenali.

"Mangsa menerima pesanan WhatsApp pada 14 April lalu ketika berada di rumahnya di Bukit Pelandok, Port Dickson. Skim itu menjanjikan keuntungan yang besar dan mangsa bersetuju untuk membuat pelaburan.

"Mangsa kemudiannya melayari aplikasi dan berurusan dengan lelaki terbabit melalui aplikasi WhatsApp. Selepas bersetuju dengan pelaburan itu, mangsa mula melakukan transaksi wang," katanya tadi.

Aibee berkata, mangsa membuat 52 transaksi kemasukan wang berjumlah RM583,555 ke dalam 13 akaun bank berbeza bermula 15 Februari sehingga 23 April lalu.

Menurut beliau, mangsa yang berniaga sendiri menyedari diperdaya apabila mendapati aplikasi WhatsApp pengadu disekat dan tidak dapat mengakses ke dalam aplikasi itu 25 Mei lalu.

"Atas sebab itu, mangsa berasa ditipu sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Pelanduk, pada 16 Jun lalu," katanya sambil menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan sebarang skim pelaburan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tengah-juta-ringgit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.280230 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list