CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 414|Reply: 0

[Johor] Didenda RM10,000 hantar video, gambar lucah

[Copy link]
Post time 19-6-2022 01:20 PM | Show all posts |Read mode

Khair didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menghantar dan memulakan komunikasi bahan lucah, dua tahun lalu. FOTO Omar Ahmad

Johor Bahru: Penghantar makan didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini, atas dua pertuduhan menghantar dan memulakan komunikasi bahan lucah menerusi media sosial, dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Khair Maani, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Muhammad Khair didakwa menggunakan Instagram secara sedar memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan video lucah sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan di Blok C, Taman Ungku Tun Aminah di sini, kira-kira jam 8.50 pagi, 25 Januari 2020.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) Akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Nur Nazhzilah Mohammad Hashim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Datuk Che Wan Zaidi meminta semua yang berada di dalam bilik pendakwaan keluar kecuali tertuduh dan pihak pendakwaan bagi memaparkan video dan gambar kejadian untuk tujuan pengesahan.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon hukuman diringankan kerana hanya bekerja sambilan dan menanggung ibu serta adiknya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -video-gambar-lucah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.050298 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list