CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 533|Reply: 1

[Johor] Johan Qariah berlatih ketika ulang alik ke sekolah

[Copy link]
Post time 18-6-2022 03:01 PM | Show all posts |Read mode

SOFIZAH (dua, kanan) bergambar bersama suaminya Ahmad Asrol Saidi (kiri), 36, serta anaknya. FOTO Bernama

Johor Bahru: Johan Qariah Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) dari Selangor, Sofizah Mousin bersyukur dan rasa cukup bertuah memenangi gelaran tersebut buat pertama kali selepas tiga kali berada di pentas MTHQK.

Sofizah, 33, yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman SEA, SS2, Petaling Jaya, Selangor berkata, dia tidak dapat membuat persiapan rapi ke pentas MTHQK ini kerana kedua-dua anak perempuannya berusia 14 bulan dan empat tahun sakit dua minggu sebelum majlis.

"Alhamdulillah, dalam kesibukan menjaga anak-anak, saya dapat curi masa untuk berlatih dan memperkemaskan bacaan sebelum bertanding.

"Disebabkan itu, saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk muncul johan bahagian qariah ini.

"Saya akan cuba buat lebih baik ketika mewakili negara nanti dengan bimbingan guru agama saya selain lebih kerap membuat latihan intensif. Walaupun ada kekangan masa oleh kerana tugas harian, saya akan pastikan mempunyai cukup masa untuk berlatih," katanya yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Sofizah berkata, setiap hari dia akan membuat latihan suara ketika memandu kereta dalam perjalanan pergi dan pulang ke tempat kerja.

"Selain berlatih secara formal, saya juga membuat latihan suara ketika memandu kereta pergi dan balik kerja," katanya pada majlis yang berlangsung di Pusat Islam Iskandar, di sini, malam tadi.

Johan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000,piala iringan dan tambahan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan haji.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-alik-ke-sekolah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2022 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulilah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.036042 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list