CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1033|Reply: 0

Kemunculan jahiliah moden

[Copy link]
Post time 18-6-2022 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Kemunculan jahiliah moden


Masalah kejiwaan manusia pada masa kini memang tidak terbendung lagi. Kelihatan normal di luar dan fizikalnya, tetapi sebenarnya ada segelintir daripada mereka mempunyai masalah psikologi dan mental yang agak kronik. Hal ini sesuai dengan gambaran oleh al-Quran dalam Surah asy-Syams ayat 7 dan 8 yang bermaksud: "Dan jiwa serta penyempurnaannya (penciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kejahatan dan ketakwaannya."

Ayat terbabit memberikan isyarat, bahawa jiwa manusia memiliki kemampuan untuk memilih pelbagai kemungkinan yang akan diambilnya, sama ada  baik ataupun jahat. Hal itu berpaksikan ilham yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada seseorang manusia, dalam bentuk pengetahuan yang memungkinkan dirinya menghadapi pelbagai masalah dan situasi.

Kita sedia maklum dan kerap membaca pelbagai berita dan hebahan mengenai perilaku manusia pada akhir zaman ini yang suka melakukan perkara pelik dan menjengkelkan. Tidak lain tidak bukan ia bertujuan untuk mencari perhatian dan publisiti murahan supaya menjadi orang yang dikenali, bukan kerana jasanya atau kebaikannya, tetapi kontroversi dan tingkah laku pelik yang diciptanya.

Apabila dibandingkan dengan keadaan pada zaman jahiliah sebelum kelahiran Rasulullah SAW dan dunia pada hari ini ada persamaannya. Walaupun permulaan zaman jahiliah tidak ditentukan masa dan tempohnya. Ia juga tidak dicatatkan dalam mana-mana rekod bertulis mahupun bukti artifak mengenai masa bermulanya. Hanya ada sebahagian pakar sejarah Arab menyatakan ia berlaku sekitar 150 tahun sebelum kedatangan Islam. Namun begitu, al-Quran  menyatakan zaman terbabit adalah sebelum turunnya kitab suci berkenaan kepada junjungan Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 154 yang bermaksud: "Kemudian setelah kamu ditimpa kesedihan, Allah menurunkan rasa aman kepadamu (berupa) keadaan mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu, sedangkan segolongan lagi, telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri; mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliah. Mereka berkata, "Adakah kami berhak campur tangan dalam urusan ini?" Katakanlah: "Sesungguhnya segala urusan itu di tangan Allah". Mereka menyembunyikan dalam hatinya apa yang tidak mereka terangkan kepadamu".  Ini jelas membawa maksud bahawa zaman jahiliah mempunyai ciri-ciri berikut:



  • Zaman tidak mempunyai nabi dan kitab suci.
  • Tidak mempunyai peradaban dan ketamadunan.
  • Masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
  • Masyarakatnya sebahagiannaya jahil dan tidak berilmu.



Adakah zaman sebegitu sudah kembali pada era moden yang serba canggih ini? Ramai yang melakukan tindak-tanduk menyamai zaman jahiliah. Penggunaan pelbagai media sosial dan isi kandungan yang dikongsi tidak terkawal termasuk melalui aplikasi YouTube, Tiktok, Facebook dan Instagram. Sedangkan seseorang yang berakal waras boleh memanfaatkan media sosial ini untuk kebaikan dan faedah orang lain. Ada segelintir golongan masyarakat yang membuat hantaran ke laman sosial secara langsung dengan beraninya menunjukkan keaiban dan memalukan diri sendiri. Alangkah malangnya dan menyedihkan, mereka adalah dalam kalangan masyarakat Islam sendiri.

Sebagai contoh, mereka mempromosi produk perniagaan mereka dengan cara yang amat bertentangan dengan syarak, mendedahkan aurat dan kehormatan diri di khalayak penonton dan pengguna laman sosial secara langsung tanpa rasa segan silu. Namun apabila diberikan teguran dan nasihat oleh pendakwah dan golongan asatizah, mereka berang dan melemparkan kata-kata kesat serta menganggap teguran yang diberikan itu sebagai menumpang populariti mereka. Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 50: "Apakah hukum (peraturan) jahiliah yang dikehendaki oleh mereka? (Hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang meyakini (agamanya)?"

Perbuatan menyebarkan aib sendiri dan orang lain termasuk dalam perbuatan berdosa jika diteruskan dan diikuti oleh orang lain. Daripada Jarir bin Abdullah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal denganya dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun dan sesiapa yang memulakan dalam Islam suatu sunah yang buruk, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan baginya dosa sesiapa yang beramal dengannya, tanpa berkurang dengan satu dosa suatu apa pun. (Hadis Riwayat Muslim)

Selain itu, ada juga dalam kalangan figura media sosial yang berpengaruh, melakukan sesuatu perkara kemaksiatan, tetapi kononnya atas dasar amal kebajikan untuk menderma, tetapi dengan jelas cara terbabit tidak mengikut landasan syarak yang ditetapkan oleh Islam. Sebagai contoh menonjolkan dan mempromosi budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang jelas bertentangan dengan Islam dan norma hidup manusia. Ia ditontonkan dalam video YouTube secara terang-terangan dalam bulan Ramadan. Seolah-olahnya tidak menghormati kemuliaan dan kesucian bulan yang mulia itu. Pakaian yang mencolok mata, perhiasan yang melampau dan tingkah laku yang menjelikkan serta persembahan yang dipaparkan jelas menyamai sikap masyarakat jahiliah yang dihuraikan sebelum ini. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 33: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah dahulu dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlul-bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."

Ada sebahagian yang lain pula mempersendakan agama untuk kepentingan peribadi  mereka dan meraih sokongan yang banyak dengan menyebut bahawa hal-hal asas dalam agama seperti solat dan puasa tidak penting dan mereka dengan beraninya menyebut mereka tidak perlu menunaikannya. Ini jelas memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan walaupun mereka mempunyai kekayaan dunia yang banyak. Sebenarnya jiwa mereka kosong dan tercari-cari sesuatu dalam kehidupan. Tidak terkecuali  juga golongan yang menganggap bahawa mendedahkan aurat itu hak individu yang tidak perlu dicampuri, walaupun mereka menunaikan solat setiap hari. Allah memberikan amaran kepada mereka dengan firman-Nya dalam surah al-An'am ayat 70: "Tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan al-Quran agar setiap orang tidak terjerumus (ke dalam neraka), kerana perbuatannya sendiri. Tidak ada baginya pelindung dan pemberi syafaat (pertolongan) selain Allah. Dan jika dia hendak menebus dengan segala macam tebusan apa pun, nescaya tidak akan diterima. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam neraka) kerana perbuatan mereka sendiri. Mereka mendapat minuman dari air yang mendidih dan azab yang pedih karena kekafiran mereka dahulu."

Akhirnya, semoga Allah SWT memberikan hidayah petunjuk dan taufik kepada mereka dan kita semua supaya tidak mempersendakan agama yang suci ini serta tidak kembali mengamalkan budaya jahiliah yang jelas melanggar batasan agama dan norma hidup manusia yang berakal waras.

Penulis Profesor Madya Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... ulan-jahiliah-moden

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.033172 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list