|
AGGOTA APMM Zon Maritim Kuala Kedah memeriksa bungkusan yang mengandungi 1.3 tan daun ketum dalam sebuah bot nelayan tempatan. FOTO ihsan APMM
Alor Setar: Tiga lelaki yang cuba menyeludup keluar 1.3 tan daun ketum ke negara jiran melalui jalan laut dengan menggunakan sebuah bot nelayan tempatan gagal apabila kegiatan dihidu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), semalam.
Kesemua suspek berusia 33 hingga 39 tahun itu ditahan jam 2.30 pagi pada kedudukan 1.0 batu nautika barat muara Kuala Kedah, di sini.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, berdasarkan maklumat dan risikan, bot ronda APMM berjaya mengesan bot nelayan tempatan kelas A itu pada jam 2.20 pagi.
"Hasil pemeriksaan mendapati, tiga lelaki warga tempatan berada dalam bot terbabit dan pemeriksaan lanjut menemui 130 bungkusan plastik hitam disyaki daun ketum di atas bot berkenaan dengan berat dianggarkan 1.3 tan.
"Siasatan awal mendapati, tiga suspek lelaki warga tempatan dipercayai menerima upah RM200 seorang bagi perjalanan penghantaran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noor Azreyanti berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut sama ada tiga lelaki itu adalah nelayan atau sebaliknya.
"Daun ketum yang dirampas dianggarkan bernilai RM234,000 manakala sebuah bot nelayan tempatan kelas A berserta enjin dianggarkan bernilai RM70,000 turut disita.
"Kesemua rampasan dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ba-diseludup-keluar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|