CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 404|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Paip LPG bocor disyaki punca kebakaran

[Copy link]
Post time 18-6-2022 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Seremban: Kebocoran paip saluran gas petroleum cecair (LPG) dipercayai menjadi punca kebakaran kilang, semalam hingga menyebabkan pengguna Lebuhraya PLUS di sini, panik.

Dalam kejadian 11.40 malam itu, kebakaran kilang di kawasan Perindustrian Oakland bersebelahan lebuh raya berkenaan boleh dilihat dari jarak lebih 1 kilometer.

Ketua Balai Bomba Seremban 2, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, petugas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan.

"Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati saluran gas asli bawah tanah di stesen gas berkeluasan 91 meter persegi di kilang berkenaan terbakar.

"Pihak kami berjaya memadamkan kebakaran itu pada 2.40 pagi. Kami turut mendapat bantuan daripada BBP Seremban, BBP Nilai, Rembau dan Teluk Kemang selain bantuan daripada kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Gas Malaysia serta polis," katanya hari ini.

"Kebakaran membabitkan kawasan halaman dekat stesen gas berkenaan dan merosakkan dua kenderaan pekerja. Kejadian tidak membabitkan kehilangan nyawa atau kecederaan," katanya.



KEBAKARAN di kilang dekat Kawasan Perindustrian Oakland. FOTO ihsan bomba
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-kebakaran-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.058829 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list