CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 514|Reply: 0

[Johor] Datuk dalang sindiket seleweng diesel subsidi

[Copy link]
Post time 16-6-2022 04:50 PM | Show all posts |Read mode

Kamarul Zaman menunjukkan bahagian bawah lori yang sudah diubah suai untuk membawa minyak diesel bersubsidi, pada sidang akhbar di sebuah stor dalam Kawasan Perindustrian Desa Plentong, Masai, Johor Bahru, pada Khamis.

JOHOR BAHRU - Polis mematahkan satu sindiket menyeludup minyak diesel apabila merampas 95,000 liter bahan subsidi itu bernilai RM522,500 selepas menyerbu sebuah stor di Kawasan Perindustrian Desa Plentong, Masai di sini pada malam Rabu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan pada jam 11 malam itu melibatkan pegawai dan anggota Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK), Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman bersama-sama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis menahan 30 individu terdiri daripada 28 lelaki tempatan, seorang wanita tempatan dan seorang lelaki warganegara asing berusia antara 22 hingga 46 tahun.

"Sindiket ini yang dipercayai sudah beroperasi sejak lebih seminggu lalu didalangi seorang warga tempatan bergelar Datuk berusia 46 tahun. Datuk ini mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah iaitu ugut, curi dan menipu," katanya dalam sidang akhbar di stor berkenaan pada Khamis.

Kamarul Zaman berkata, menerusi serbuan tersebut pihaknya merampas 29 lori tangki seberat satu, tiga dan 10 tan yang sudah diubah suai, sebuah van, 11 pam penyedut serta empat tangki besar dengan kapasiti 19,000 dan 15,000 liter.


Kamarul Zaman melihat beberapa barang yang dirampas pada sidang akhbar di sebuah stor dalam Kawasan Perindustrian Desa Plentong, Masai, Johor Bahru, pada Khamis.

Pihaknya turut merampas 79 tong kapasiti 1,000 liter, minyak diesel berjumlah 95,000 liter dan wang tunai RM12,507 manakala jumlah keseluruhan rampasan lebih RM3 juta.

Katanya, diesel subsidi itu dipercayai dijual di negara jiran dengan menggunakan jalan laut dan rampasan berkenaan merupakan yang terbesar di Johor setakat ini dalam tahun ini.

"Modus operandi sindiket ini adalah menggunakan lori yang sudah diubah suai dengan meletakkan tangki di bahagian muatan sebelum membeli diesel di stesen minyak.


"Terdapat satu pam khas yang akan menyedut dari saluran kecil di bahagian bawah lori sebelum masuk ke tangki besar di bahagian muatan lori. Mereka cuba mengelirukan dengan menggunakan modus operandi ini," katanya.

Selain itu, beliau percaya masih terdapat saki baki ahli sindiket berkenaan dan pihaknya akan memburu mereka sekali gus melumpuhkan terus kegiatan haram berkenaan.

Pihaknya juga akan menyiasat sama ada mana-mana penguat kuasa terlibat atau bersekongkol dengan sindiket berkenaan sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki barangan kawalan dan dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu menjalankan urus niaga barang kawalan tanpa lesen," katanya.


Antara tangki yang digunakan untuk membawa minyak diesel bersubsidi.

Jika sabit kesalahan katanya, boleh didenda tidak lebih RM1 juta dan tidak melebihi RM3 juta bagi kesalahan berikutnya.

Beliau berkata, setakat ini pihak polis marin sudah membuat lapan kes tangkapan bersabit kes di bawah peruntukan Akta Kawalan Bekalan 1961 di seluruh negeri.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... weng-diesel-subsidi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.034675 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list