CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 486|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Lestarikan alam sekitar menerusi fesyen: Hatta Dolmat

[Copy link]
Post time 16-6-2022 01:44 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof dan pereka fesyen Hatta Dolmat bergambar bersama peserta dari Tourism Malaysia dan Miss Universe Malaysia 2022 selepas melakukan aktiviti kutipan sisa sampah yang boleh dikitar semula di sekitar persisiran pantai sempena program 'Beach Clean-Up, Road To KL Fashion Week 2022, pada Khamis. - Foto Bernama

PORT DICKSON - Pereka fesyen Hatta Dolmat sekali lagi akan tampil dengan kelainan tersendiri mengayakan koleksi fabrik yang dihasilkan daripada sisa plastik bersempena KL Fashion Week 2022 Ogos ini.

Hatta berkata, sebagai persiapan bagi pementasan pertunjukan fesyen itu nanti, seramai tujuh finalis Miss Universe Malaysia 2022 turut bersama-sama menjayakan kempen melestarikan alam sekitar membersihkan pantai dengan mengutip sisa plastik di sekitar pantai Port Dickson menerusi program Ocean’Us Sustainable Ecotourism Beach Clean Up 2022.

Beliau berkata, program anjuran kali kedua bersama Ocean Hero Conservation itu bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentingan fesyen dalam melestarikan alam sekitar bagi mengurangkan pembuangan sisa plastik di kawasan pantai.

"Sebelum ini koleksi yang saya cipta lebih menyasarkan golongan muda, tapi kali ini kita akan bawakan pembaharuan yang lebih segar dan mesra semua peringkat umur terutamanya golongan dewasa dan korporat.

"Hasil kutipan semalam kami dapat mengumpul dan mengasingkan sembilan guni bersaiz besar berisi 96 sisa botol plastik dan terdapat juga sisa lain seperti styrofoam, pelitup muka dan lain-lain. Anggaran 14 meter kain dapat dihasilkan daripada 96 botol plastik yang diperoleh,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, sisa botol plastik yang dikumpulkan pada program tersebut akan disusun, kemudian dipilih sebelum dihantar kepada KLOTH Cares untuk diproses menjadi fabrik.

Katanya, antara produk yang dapat dihasilkan adalah pakaian lengkap, beg, kasut, topi dan sebagainya.

"Bagi golongan korporat, saya akan menghasilkan pakaian yang bersesuaian untuk mereka seperti blazer, kasut dan pelbagai lagi yang lebih ‘high fashion’ menggunakan fabrik kitar semula ini,” katanya.


Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata inisiatif program seperti ini dapat merancakkan ekonomi pelancongan negara kerana trend masyarakat kini yang lebih mementingkan kebersihan alam sekitar.

"Malaysia terkenal dengan ekopelancongan. Program kesedaran seperti ini penting kepada masyarakat agar sektor pelancongan negara dapat dipertingkatkan,” katanya.

Iskandar Mirza berkata, Tourism Malaysia sedang giat mempromosikan pakej pelancongan negara ini ke India dan negara-negara Asia Barat sebagai usaha meningkatkan semula sektor itu.

"Ia selaras dengan sasaran dua juta pelancong asing yang dijangka melawat negara pada tahun ini. Kedatangan pelancong luar untuk bercuti ke negara ini juga semakin bertambah,” katanya. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... fesyen-Hatta-Dolmat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.065433 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list