CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 422|Reply: 0

[Johor] Pemandu lori dicekup bersama 70 bungkus air ketum

[Copy link]
Post time 15-6-2022 04:58 PM | Show all posts |Read mode

Sejumlah 70 bungkus air ketum yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Wawasan di Mersing, di mana seorang pemandu lori berusia 58 ditahan. - Foto ihsan PPM

MERSING: Seorang pemandu lori ditahan bersama 70 bungkus air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Wawasan di sini tengah hari semalam.

Semua stok ketum terbabit dipercayai sedia untuk dijual kepada pelanggan, dengan suspek, 58, dipercayai menjadikan kediaman terbabit sebagai 'port' untuk menjual minuman terbabit sejak kira-kira setahun lalu.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah (2), Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah berkata, pihaknya percaya bekalan air ketum itu dipasarkan ke sekitar daerah ini dan dijual secara terus kepada pelanggan dengan harga RM10 sebungkus.

Mengulas serbuan semalam, katanya sepasukan pegawai dan anggota Markas Taktikal PPM Mersing dalam tugas Op Kontraban bersama dua anggota Bahagian Narkotik Daerah Mersing menyerbu kediaman terbabit susulan risikan dan maklumat diterima.


"Hasil pemeriksaan kita menemui 70 bungkus air berwarna hijau disyaki air ketum yang siap diproses dalam sebuah kotak ikan.

"Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Taktikal PPM Wilayah 2 Mersing untuk proses dokumentasi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 (Pindaan 2003) dan kes diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Mersing untuk tindakan lanjut.
https://www.bharian.com.my/berit ... 0-bungkus-air-ketum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.086394 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list