CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 450|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Satu kampung rai kejayaan Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 15-6-2022 04:42 PM | Show all posts |Read mode

Antara penduduk sekitar DUN Pertang yang hadir menyaksikan perlawanan bola sepak kelayakan Piala Asia 2023 secara terbuka berhampiran gerai Majlis. Daerah Jelebu di Kampung Petaseh. FOTO ABNOR HAMIZAM ABD MANAP

Jelebu: Belanja 500 roti canai dan 100 burger secara percuma kepada orang ramai yang berkumpul menyaksikan perlawanan kelayakan bola sepak Piala Asia 2023 di Kampung Petaseh di sini malam tadi.

Ternyata usaha itu berjaya menarik perhatian kira - kira 250 penduduk kampung untuk hadir bagi memberi sokongan moral kepada Skuad Harimau Malaya ketika menentang pasukan bola sepak Bangladesh.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pertang Noor Azmi Yusof berkata, sebanyak 500 keping roti canai dan 100 burger disediakan kepada orang ramai yang datang menyaksikan perlawanan itu.

Katanya, layar besar dipasang bagi membolehkan orang ramai menyaksikan perlawanan itu sambil menjamu selera.

"Sudah lama kita tidak dapat berkumpul seperti ini susulan Pandemik Covid-19. Usaha ini sekaligus menunjukkan semangat patriotik kita kepada pasukan Harimau Malaya.

"Sebagai rakyat Malaysia, sudah pasti penduduk kampung yang sukar untuk ke stadium mahu bersama-sama memberikan," katanya.

Noor Azmi berkata lebih manis, apabila pasukan bola sepak Malaysia layak ke perlawanan Piala Asia 2023.

"Kami merancang untuk menganjurkan program sama membabitkan sukan lain namun di lokasi berbeza selepas ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... yaan-harimau-malaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.250850 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list