CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 379|Reply: 0

[Perlis] Guna saluran betul untuk berkahwin: Raja Muda Perlis

[Copy link]
Post time 15-6-2022 12:13 PM | Show all posts |Read mode

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru agar pasangan yang ingin berkahwin menggunakan saluran yang betul bagi mendirikan rumah tangga.

Baginda bertitah, perkahwinan yang teratur dan mengikut undang-undang akan menjadikan sesebuah keluarga hidup aman dan harmoni.

"Ini juga menjadi penyumbang kepada faktor kebahagiaan sesebuah rumah tangga,” titah baginda dalam kenyataan dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada Rabu.

Baginda bertitah, sejak kebelakangan ini ketika negara dalam fasa peralihan ke endemik, terdapat banyak isu kekeluargaan hingga menyebabkan peningkatan kes perceraian.

Justeru, baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs menyarankan supaya pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) menempatkan pegawai khususnya dari bidang kaunseling kekeluargaan untuk membantu institusi kekeluargaan menjadi lebih baik dan mengurangkan kadar perceraian di negeri itu.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika berangkat merasmikan dan mengurniakan tauliah-taukiah di Muzakarah Penolong Pendaftar Perkahwinan Orang Islam Negeri Perlis 2022 di Mes Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada Selasa.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pemangku Pengarah JAIPs, Muhammad Hafeez Abu Seman. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... in-Raja-Muda-Perlis
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.047712 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list