CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 442|Reply: 0

[Kedah] P Magen, Y Aruna seronok bersanding berbaju Melayu tradisional

[Copy link]
Post time 14-6-2022 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Sungai Petani: Selepas tujuh tahun menyulam cinta, P Magen dan isteri, Y Aruna sepakat menamatkan zaman bujang masing-masing, Jumaat lalu.

Menariknya mempelai itu sepakat memilih tema tradisional Melayu sempena majlis persandingan di Dewan Penduduk Taman Sri Wang, di sini.

Kisah suami isteri yang kedua-duanya berusia 28 tahun itu mendapat perhatian netizen selepas video persandingan mereka tular di TikTok.

Menerusi video berkenaan, Magen kelihatan memakai baju Melayu cekak musang lengkap dengan sampin dan tanjak manakala Aruna anggun dalam persalinan songket berwarna biru.

Menurut Magen, majlis persandingan bertemakan Melayu tradisional itu diadakan kelmarin, dua hari selepas majlis perkahwinan mengikut adat India di sebuah kuil, di sini.



P.MAGEN dan Y. Aruna berjalan masuk ke dewan majlis dengan diiringi ibu bapanya. FOTO Ihsan P.Magen

"Sebenarnya sudah lama saya teringin untuk memakai busana pengantin tradisional dan gembira kerana hasrat itu jadi kenyataan pada majlis perkahwinan tempoh hari.

"Saya beli baju Melayu itu untuk dipakai ketika Aidilfitri lalu namun tidak jadi kerana raya mengejut manakala pakaian isteri disewa dari butik.

"Keluarga saya mahupun isteri tiada halangan malah bapa yang mencadangkan tema perkahwinan Melayu tradisional," katanya ketika dihubungi, hari ini.



P.MAGEN dan Y.Aruna bersanding dengan memakai busana tradisonal Melayu. FOTO Ihsan P.Magen

Magen berkata, persiapan sebelum majlis persandingan berjalan lancar dengan bantuan rakannya.

"Tujuh rakan saya bantu ketika bersiap termasuk memakaikan sampin sebelum mengiringi saya ke lokasi majlis.

"Cuma apa yang mengejutkan apabila ramai tetamu mengerumuni saya dan isteri serta kemudian ajak kami bergambar bersama ketika masuk ke dalam dewan.

"Mungkin kerana mereka nampak ada kelainan apabila kami yang bukan Melayu bersanding memakai baju tradisional Melayu," katanya.

Berhubung kisahnya yang tular, Magen berkata, video berkenaan dimuat naik oleh sepupunya, G Lingeshan, 28, di TikTok.

"Saya boleh agak video dimuat naiknya di TikTok akan dapat perhatian, cuma tidak sangka pula ia akan tular sampai begitu sekali," katanya.


BERGAMBAR dengan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan mereka. FOTO Ihsan P.Magen

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tradisional-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.049588 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list