Figura yang pernah mengendalikan program viral, Hazeman Huzir atau dikenali sebagai Haze menyifatkan segelintir pencipta kandungan yang mencetuskan kontroversi adalah golongan pemalas.
Pemilik nama sebenar, Mohamed Hazeman Huzir menjelaskan, ada banyak cara lain yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu isu itu tular tanpa perlu menjerumuskan diri sendiri dalam kecaman netizen di laman sosial.
Memetik laporan mStar, bekas pengacara Motif Viral itu sudah sering memberikan nasihat khusus kepada pencipta kandungan bagaimanapun agar sukar untuk mengubah pemikiran golongan tersebut.
"Bagi saya, pencipta kandungan yang suka viral untuk semata-mata untuk sensasi adalah golongan pemalas sebab mereka malas nak fikir. Sebenarnya, boleh saja keluarkan sikit sel otan untuk fikir sikit sahaja. Nanti tahulah macam mana nak viral sesuatu isu tanpa dikecam.
"Benda boleh buat sebab saya pun pernah buat banyak kali. Jadi, jangan malas sangat. Saya boleh cakap jangan, tapi susah nak ubah pemikiran orang," katanya kepada mStar.
Haze juga mengatakan bahawa kandungan viral dahulu dan sekarang ini selepas program yang dikendalikannya sudah tiada amat jauh perbezaannya.
Katanya, kandungan tular yang melampau pada masa kini adalah disebabkan situasi semasa berkaitan dengan permintaan netizen yang gemar memberikan pandangan tanpa diminta.
"Banyak sangat beza viral dulu dan sekarang. Sejak Motif Viral tak ada, makin teruk... macam-macam content melampau. Bagi saya, sebenarnya salah kita semua.
"Saya faham cara kerja dan fikiran mereka. Apa yang mereka lakukan sebab ada deman daripada kita. Content creator ini macam sebuah perniagaan. Selagi ada permintaan, selagi itulah dia akan beri.
"Rakyat Malaysia ini suda memberikan pendapat walaupun tiada sesiapa pun yang minta. Sebab itu keluarkan satu benda viral untuk minta pendapat," katanya.
mStar berkesempatan menemu bual Haze ketika dalam sidang media Misi Kemanusiaan Afrika. Seramai tujuh orang ikon popular termasuk Haze bakal terbang ke Tanzania bagi menyertai misi kemanusiaan anjuran Pertubuhan Impak Prihatin Malaysia. -CARI
|