CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 454|Reply: 0

[Johor] 1,028 pusat jagaan tidak berdaftar - Rina

[Copy link]
Post time 11-6-2022 06:10 PM | Show all posts |Read mode

RINA menyantuni penghuni Rumah Kanak-Kanak Mini Ulu Tiram. FOTO BERNAMA

Johor Bahru: Terdapat 1,028 buah pusat jagaan di bawah penyelenggaraan badan bukan kerajaan (NGO) dan persendirian yang didapati tidak berdaftar dan sudah diberikan peringatan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Harun.

Beliau berkata, KPWKM sejak Januari tahun ini sudah mengarahkan supaya dilakukan pemutihan bagi mendapatkan data jumlah pusat jagaan yang berdaftar dan tidak berdaftar dan pada Februari sehingga 31 Mac mendapati sebanyak 1,028 pusat jagaan tidak berdaftar, manakala yang berdaftar sebanyak 1,910.

"(Daripada jumlah 1,028) sebanyak 38 (daripadanya) sudah diperakui pendaftaran, 57 berhenti operasi, lapan disita, 35 kompaun dan satu didakwa," katanya.

Rina pada masa sama menjelaskan, kementeriannya juga bersedia untuk membentangkan cadangan dan gerak kerja kepada Mesyuarat Jemaah Menteri, untuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Melindungi Golongan Rentan.

Beliau berkata jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan meneliti secara menyeluruh isu berkaitan pusat jagaan termasuk pusat jagaan kanak-kanak, anak yatim, orang kurang upaya, warga emas serta pusat tahfiz, dan beliau mengharapkan agar ia dapat dilaksanakan dengan kadar segera.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... idak-berdaftar-rina

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.036931 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list