CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 446|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Negeri Sembilan benar rapat saf

[Copy link]
Post time 11-6-2022 06:07 PM | Show all posts |Read mode
Seremban: Masjid di Negeri Sembilan dibenarkan merapatkan saf ketika solat berjemaah berkuat kuasa Isnin depan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam kenyataan di Facebooknya berkata, jemaah bagaimanapun diwajibkan memakai pelitup muka dengan sempurna ketika berada di ruang yang tertutup dan perlu memastikan tidak mempunyai sebarang gejala Covid-19.

"Jemaah dibenarkan bersalaman namun tidak dibenarkan menyentuh muka selepas bersalaman.

"Aktiviti qiamullail, iktikaf di masjid dan aktiviti pengajian ilmu seperti kelas takmir, kuliyah, tazkirah dan ceramah juga dibenarkan tanpa penjarakan fizikal," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, majlis akad nikah, majlis kenduri kahwin, majlis sambutan hari kebesaran Islam, mesyuarat, program komuniti seperti penyampaian bantuan, sumbangan, gotong-royong dan seumpamanya turut dibenarkan tanpa penjarakan fizikal.

Bagaimanapun katanya, sebarang program yang diadakan tertakluk kepada kebenaran daripada JHEAINS daerah dan permohonan perlu dibuat terlebih dulu kepada Pegawai Agama Islam Daerah.

Selain itu katanya, solat jenazah juga turut dibenarkan tanpa adanya penjarakan.

"Masjid dan surau yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) akan diarahkan tutup sekurang-kurangnya tujuh hari," katanya

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lan-benar-rapat-saf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.297711 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list