CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 517|Reply: 1

[Negeri Sembilan] 'Tiada apa nak dimalukan, asalkan ia halal'- Hamid Bador

[Copy link]
Post time 8-6-2022 05:13 PM | Show all posts |Read mode

HAMID di kebun sayurnya di Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan.

Kuala Lumpur: "Tiada apa yang perlu dimalukan apa yang kita buat asalkan ia halal dan tidak salah," demikian kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, ketika mengulas gambarnya yang tular kononnya sedang menjual sayur-sayuran.

Abdul Hamid berkata, setiap insan tidak perlu berasa malu dan segan dengan apa juga bidang perniagaan dan kerja yang dilakukan termasuk menjual sayur-sayuran di tepi jalan atau di pasar.

Terdahulu beliau mengulas dakwaan gambarnya yang tersebar dalam laman sosial dengan duduk di sebuah gerai menjual sayur-sayuran dengan memegang buku nota dan pen.

"Gambar itu adalah gambar lama semasa saya bergambar bersama rakan saya di gerainya suatu masa dahulu.

"Saya melawat gerai kawan baik saya dan secara kebetulan ada individu yang lalu-lalang mengambil gambar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Hamid berkata, rakannya yang berniaga sayur, daging dan ikan sebelum itu pernah menjual hasil tanaman dari ladangnya.

"Gambar yang tular itu bukan satu isu besar kerana pada masa ini saya sedang menikmati kehidupan sehari-hari sebagai seorang pesara kerajaan dan saya bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan ia halal dan tidak melanggar undang-undang.

"Sejujurnya sebelum ini saya mempunyai pengalaman menjual sayur-sayuran dari ladang saya di pasar serta pasar mini di Seremban, Rembau dan Kajang dan tiada apa yang perlu dimalukan pun," katanya.

Ahad lalu, seorang pengguna Twitter, Mohamad Yusof Yahya memuat naik gambar menunjukkan Abdul Hamid di hadapan sebuah gerai menjual sayur.

Yusof memuji sikap rendah diri dan keberanian bekas pemimpin tertinggi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu kerana tidak segan silu menjual sayur di pasar.

Dalam ciapannya, Yusof berkata 'adakah orang lain akan berani dan tidak malu untuk melakukan perkara sama seperti Hamid? Dia langsung tidak malu. Salute to you," katanya.

Yusof juga dalam ciapan lainnya turut menyatakan Abdul Hamid akan duduk minum bersama penduduk di pekan kecil di Lubuk China, Negeri Sembilan, sekali gus menunjukkan dirinya dihormati dan diterima orang ramai.

"Beliau peramah sama seperti masyarakat lain sehinggakan dia sangat disenangi oleh orang sekeliling," katanya.

Sebelum ini, Abdul Hamid, semasa masih menjawat jawatan Ketua Polis Negara, pernah menyatakan rasa cintanya pada bidang pertanian termasuk bercucuk tanam selepas sekali gus melakukan aktiviti yang boleh menyihatkan badan.

Abdul Hamid pada masa itu tidak sabar untuk menunggu waktu persaraannya pada Mei tahun lalu, sebelum terus menumpukan sepenuh perhatian pada bidang pertanian di kediamannya di Kampung Panchang, Rembau, Negeri Sembilan.

"Kini sepenuh masa saya boleh bertani, percayalah ia adalah satu perkara yang mendamaikan.

"Saya ambil kesempatan ini untuk menggalakkan semua orang mempelajari asas pertanian kerana ia membina stamina dan mengekalkan minda segar. Ia sangat bermanfaat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-halal-hamid-bador
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2022 12:25 AM | Show all posts
tulah...jgn melawan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.041922 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list