View: 1487|Reply: 1
|
Tiada konsep roh pindah jasad
[Copy link]
|
|
Tiada konsep roh pindah jasad
LANDSKAP Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berdasarkan dalil aqli dan dalil naqli menolak konsep Tanasukh Al-Arwah. FOTO AFP
Manusia itu tercipta daripada dua unsur utama iaitu jasad (tubuh) dan roh yang bersifat halus atau tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan juga tidak dapat disentuh.
Manusia tidak dapat bergerak dan merasakan sesuatu hanya dengan pancainderanya, melainkan mempunyai hubungan di antara roh dan pancaindera.
Daripada roh inilah manusia dapat memahami, berfikir, melihat, merasai, gembira, sedih, benci dan sebagainya. Maka roh adalah asas kepada kehidupan.
Dalam konsep Islam sebenar, roh itu berpindah dari alam roh kepada alam dunia sehingga melewati alam barzakh dan seterusnya alam akhirat.
Namun demikian, ada fahaman yang mengatakan roh itu boleh kembali ke jasad orang yang baharu dilahirkan dengan roh yang sama. Konsep ini dipanggil Tanasukh Al-Arwah yakni roh yang pernah hidup di badan yang dulu memasuki tubuh badan bayi yang baru dilahirkan.
Tanasukh Al-Arwah didefinasikan sebagai perpindahan roh setelah jasad mati ke badan orang lain. Dalam beberapa kepercayaan perpindahan roh ini kepada badan tertentu disebut reinkarnasi.
Konsep Tanasukh Al-Arwah tiada dalam landskap prinsipal Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ia terdapat pada fahaman Syi'ah Ismailiyyah, Istnaa Asyar, Budhisme serta Hinduisme.
Dalam Surah Al-Mu'minun Ayat 99 telah membatalkan fahaman Tanasukh Al-Arwah ini dengan maksud: "Hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku dapat berbuat kebajikan yang telah aku tinggalkan." Sekali-kali tidak! Sesungguhnya itu adalah dalih yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan."
Ayat ini menunjukkan bahawa roh itu tidak akan dibangkitkan semula kembali ke dunia. Perkataan ada barzakh di hadapan mereka bermakna mereka menuju ke satu one way street, satu jalan ke hadapan yang tidak kembali semula ke dunia.
Saya berpandangan ungkapan itu yang menjadi polemik itu sebenarnya maksudnya bukan roh yang berpindah. Tetapi karakter, perwatakan, akhlak dan sifat tertentu seperti perwatakan Saidina Abu Bakar RA itu yang ada pada orang lain di dalam zaman tertentu.
Akhlak inilah yang perlu ditiru agar kita sentiasa seperti beliau yang sentiasa suhbah bersama Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat Baginda RA seperti perwatakan akhlak siddiq, istiqamah serta akhlak karimah yang lain yang perlu berpindah dari zaman ke zaman seterusnya.
Karakter suhbah yang tinggi, kepatuhan yang tulus, kebersamaan ketika susah senang pada diri Saidina Abu Bakar RA itu yang berpindah- pindah. Bukan roh seperti yang dimaksudkan. Kalau ini maksudnya, maka ia boleh diterima dalam landskap Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Hal ini kerana bukan roh itu yang berpindah masuk ke jasad-jasad lain tapi perwatakan dan karakter yang wujud setiap zaman.
Tetapi kalau yang dimaksudkan roh itu berpindah ke jasad-jasad tertentu dalam pelbagai zaman, maka ia bermaksud reinkarnasi. Jika ini berlaku, maka ia menyamai ajaran Syiah Batiniyyah yang beranggapan roh Saidina Ali RA mengalir pada imam-imam mereka. Ia juga menyamai fahaman Hinduisme dan Buddhisme yang percaya nirvana dan kelahiran semula roh dan jiwa untuk menyucikan dosa-dosa lepas mereka. Maka fahaman ini ditolak dalam landasan pemikiran ASWJ.
Sesungguhnya hakikat roh ini hanya Allah yang tahu. Dalam Surah Al-Israa' Ayat 85 menyatakan maksudnya: "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu daripada perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja."
Dalam penafsiran ini, ilmuwan Islam Imam Fakhruddin Al-Razi telah menafsirkan ayat tersebut dengan menyatakan Allah SWT ingin menjelaskan bahawa akal manusia itu terhad dan sebenarnya tidak mampu untuk mengetahui lebih mendalam berkenaan roh. (Rujuk Mafatih Al-Ghaib , 21/31)
Malah, Imam Jalaluddin Al-Mahalli dan Imam Al-Suyuti juga menyebut bahawa ayat ini jelas menyebut bahawa urusan roh adalah di bawah pengetahuan Allah. Bukan pengetahuan manusia yang terbatas. Maka adalah lebih baik untuk kita tidak pergi lebih dalam mengkaji berkenaan dengan roh. (Rujuk Tafsir Jalalain, hlm 378)
Roh seseorang itu tidak kembali memasuk jasad yang baharu setelah mati. Ini bermakna roh itu tertahan di alam Barzakh. Ini dijelaskan di dalam Firman Allah SWT: "Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa daripada badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan…" (Surah Al-Zumar: 42)
Secara keseluruhan, landskap Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berdasarkan dalil aqli dan dalil naqli menolak konsep Tanasukh Al-Arwah. Semoga Allah memberkati kita di dalam memahami hakikat ontologi dengan landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar dengan konsep epistemologi yang ulama muktabar telah lakar untuk landasan aksiologi akhlak nubuwwah.
Penulis Felo Pusat Naratif Menangani Ektremism Kekerasan (Concave), Institut Pengajian Islam dan Strategik (ISSI)
Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... ep-roh-pindah-jasad
|
|
|
|
|
|
|
|
keh keh keh
Manusia itu tercipta daripada dua unsur utama iaitu jasad (tubuh) dan roh yang bersifat halus atau tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan juga tidak dapat disentuh. 'ini pun sudah tiada betul, tapi mau sembang bab agama....
jika manusia itu dari dua unsur, yang mana satu kah manusia sebenarnya? roh atau jasad..?
bila mati, jasad tinggal...maka confirmlah bukan jasad..ianya adalah sarung atas dunia ini..
jadi roh adalah manusia sebenarnya?
jika roh adalah manusia, maka yang control perjalanan darah dalam tubuh kita adalah?
roh yang control? jika roh yang control, maka manusia itu boleh menetapkan kadar perjalanan darah dalam tubuhnya kah?
bolehkah manusia itu menetapkan air dan udara yang masuk dari rongga yang sama pergi kemana?
apa yang control perjalanan air dan udara itu?
sistem tubuh? apa yang control sistem tubuh?
ke mau jadi eties kata natural?
jadi sebenar pemahaman, roh itu pun bukan manusia...ianya adalah satu elemen yang melengkapkan kejadian manusia...
jika belum tahkik bab ini, usah bicara soal persalinan roh....
keh keh keh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|