View: 700|Reply: 0
|
Pemain Kelantan United terpalit isu rogol direhatkan sementara
[Copy link]
|
|
Pemain Kelantan United (kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu Khamis lalu untuk perintah sambung reman.
Pemain Kelantan United terpalit isu rogol direhatkan sementara
KOTA BHARU – Kelab Bola Sepak Kelantan United (Kelantan United) merehatkan seorang penyerang pasukan itu daripada latihan dan saingan Liga Premier selepas dipercayai terlibat dalam kes rogol gadis berusia 18 tahun minggu lalu.
Ketua Pegawai Operasi Kelantan United, Wan Mohd. Zul Ikman Wan Abdul Aziz berkata, beliau juga mengesahkan pemain berusia 28 tahun itu merupakan individu yang ditahan reman berhubung kes tersebut sebelum ini.
Menurutnya, pihak berkuasa diberikan kepercayaan penuh untuk menjalankan siasatan dan menunggu laporan penuh berhubung kes itu.
“Kelantan United sentiasa mendukung penuh undang-undang negara. Pasukan ini juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perlakuan tidak bermoral oleh mana-mana pihak di dalam pasukan.
“Bagaimanapun, kami tetap berpegang kepada prinsip ‘seseorang itu masih tidak bersalah, sehingga dibuktikan bersalah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Wan Mohd. Zul Ikman memberitahu, jika pemain tersebut didapati bersalah oleh badan perundangan, maka satu tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang dan terma yang dipersetujui dalam kontrak. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
| |
|