CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 555|Reply: 1

[Johor] 7 warung jijik dirobohkan

[Copy link]
Post time 6-6-2022 10:39 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA gerai yang dirobohkan kerana beroperasi secara haram di Taman Desa Cemerlang di sini, hari ini. Gambar Ihsan MBJB

Johor Bahru: Bukan saja bebas menjalankan perniagaan tanpa lesen dan menceroboh tanah rezab, tujuh warung yang diusahakan oleh warga asing di Taman Desa Cemerlang juga didapati dalam keadaan menjijikkan.

Jurucakap Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berkata, kesemua warung itu diroboh di bawah kesalahan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, pada hari ini kerana mendirikan struktur bangunan di tempat awam tanpa kebenaran.

Menurutnya, operasi merobohkan gerai di Jalan Istimewa dan Jalan Gemilang itu dijalankan bermula 9.30 pagi hingga 3.30 petang bersama polis Johor dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Tindakan penguatkuasaan turut dilaksanakan kerana warung dan gerai berkenaan dimiliki oleh warga asing sama ada ia disewakan atau sebaliknya selain tindakan ke atas warung yang usang dan terbiar.

"Kesemuanya premis diberi notis dan amaran terlebih dahulu namun mereka degil dan tindakan diambil ketika operasi. Dalam operasi hari ini, tindakan sitaan juga dijalankan terhadap penjaja di lokasi berkenaan kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.

"Pemerhatian di tapak mendapati gerai berkenaan dalam keadaan yang kotor dan berbau busuk. Struktur gerai yang diroboh ini dibina di hadapan pintu pencawang TNB sehingga menyukarkan pihak TNB untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan," katanya menerusi siaran media.

Beliau berkata, operasi meroboh gerai haram ini akan dijalankan secara berkala oleh MBJB supaya warga bandar raya lebih peka dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Dalam operasi berkenaan, pihak polis turut menahan kenderaan yang dipandu oleh warga asing kerana memandu tanpa lesen dan dibawa ke balai untuk tindakan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-jijik-dirobohkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2022 04:07 AM | Show all posts
roboh dapat
sita dapat
knderaan dapat
peniaga warga asing x dpt ke??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.174561 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list