Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Musa bin Isma'il, diceritakan oleh 'Abdul Wahid, diceritakan oleh Al A'masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Solat seorang lelaki secara berjemaah dibandingkan solatnya di rumahnya atau di pasar lebih baik (digandakan) pahalanya dengan dua puluh lima (25) kali ganda.
Yang demikian itu kerana bila dia berwuduk dengan menyempurnakan wuduknya, lalu keluar dari rumahnya menuju ke masjid, dia tidak keluar kecuali untuk melaksanakan solat berjemaah.
Maka tidak ada satu langkah pun daripada langkahnya kecuali akan ditinggikan satu (1) darjat, dan akan dihapuskan satu (1) dosanya.
Apabila dia melaksanakan solat (berjemaah), maka malaikat akan turun untuk mendoakannya selama dia masih berada di tempat solatnya. "Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, rahmatilah dia."
Dan seseorang daripada kalian sentiasa dihitung dalam keadaan solat selama dia menunggu bermulanya solat (berjemaah)."
(Hadith Bukhari no. 611)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|