CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 664|Reply: 0

[Johor] Bekas pegawai bank dituduh pecah amanah RM292,000

[Copy link]
Post time 1-6-2022 04:35 PM | Show all posts |Read mode

Nurfarhana Atiqah Mohamad dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini. - NSTP/IZZ LAILY HUSSEIN

JOHOR BAHRU: Seorang bekas pegawai bank dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 13 pertuduhan pecah amanah wang milik dua wanita membabitkan jumlah lebih RM292,000 pada 2017 dan 2018.

Nurfarhana Atiqah Mohamad, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan itu ketika dihadapkan di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Bagi enam pertuduhan, dia yang ketika kejadian bertugas sebagai pegawai bank di bahagian penasihat kewangan, didakwa memindahkan wang milik seorang wanita berjumlah RM118,624.32 ke dalam akaun seorang lelaki, antara April 2017 hingga Oktober 2018.

Tertuduh turut menghadapi empat lagi pertuduhan melakukan perbuatan sama dengan memindahkan RM93,550.74 milik wanita sama ke dalam akaun bank miliknya, antara Disember 2017 hingga Januari 2018.

Bagi tiga pertuduhan terakhir, Nurfarhana didakwa melakukan pecah amanah jenayah dengan memindahkan wang milik seorang wanita lain berjumlah RM80,000 ke dalam akaun sebuah syarikat, antara Oktober hingga November 2018.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah cawangan bank di Skudai, dekat Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, M Raveenaa mencadangkan jaminan RM20,000 bagi semua pertuduhan, namun peguam, Azalea Nazihah Zulkefli memohon anak guamnya diberikan jaminan rendah dengan alasan mempunyai anak kecil berusia setahun yang masih memerlukan penjagaan sepenuhnya.

"Anak guam saya juga sudah tidak bekerja dan tiada pendapatan. Dia menghidap penyakit 'anxiety disorder' dan masih dalam rawatan serta bergantung dengan ubat.

"Tertuduh akan dijamin oleh suaminya yang hanya menjalankan perniagaan cuci kereta dengan pendapatan RM3,000 sebulan, tambahan pula suaminya turut menanggung ibu bapa tertuduh yang sudah tidak bekerja," katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM14,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berdekatan selain menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sekiranya ada sebelum menetapkan 3 Julai depan untuk serahan dokumen.
https://www.bharian.com.my/berit ... cah-amanah-rm292000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.048818 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list