CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 635|Reply: 0

Mickey mahu ledak gol lagi

[Copy link]
Post time 30-5-2022 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 30-5-2022 03:27 PM




Kuala Lumpur: Semangat pemain sayap negara, Faisal Halim kini cukup membuak-buak selepas berjaya membuka akaun jaringan gol di pentas antarabangsa apabila meledak satu gol ketika skuad Harimau Malaya membenam Brunei 4-0, Jumaat lalu.
Dia yang sudah meraih enam caps menjaringkan gol pertamanya sejak menyarung jersi skuad senior kebangsaan pada 2019.
Jelas Faisal, 24, motivasinya ketika ini cukup tinggi untuk membantu pasukan kendalian Kim Pan-gon dalam aksi persahabatan kedua menentang Hong Kong di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini dengan menyasarkan untuk meledak lagi.
Namun segala-galanya terpulang kepada Pan-gon untuk membuat pilihan pemain yang akan diturunkan kelak, tetapi jika diberi peluang, tonggak utama Terengganu FC itu sedia menggalas tugas.

"Saya mahu buat lebih lagi dari malam itu Jumaat lalu) sekiranya diberi peluang. Saya sangat teruja dan gembira kerana dapat menjaringkan gol pertama sebagai pemain negara," katanya.

Pada aksi persahabatan dengan Brunei itu, Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan 'Mickey' menjaringkan gol ketiga buat pasukan negara di minit 57, menerusi sepakan padu dalam kotak penalti.

Tiga gol lagi disumbangkan Syafiq Ahmad (m-15), Syamer Kutty Abba (m-45) dan Guilherme de Paula (m-83).
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu berkata, aksi baik diperagakan skuad negara adalah hasil kerja keras dan taktikal berkesan diterapkan barisan kejurulatihan negara.
"Latihan tak teruk tetapi berintensiti tinggi. Sistem diterapkan jurulatih akan memudahkan pasukan untuk bermain dengan mana-mana pasukan nanti.
"Untuk perlawanan itu, saya masih belum berpuas hati dan akan terus berusaha dengan lebih keras lagi untuk memberikan aksi lebih baik selepas ini," katanya.
Selepas aksi persahabatan dengan Hong Kong, Malaysia akan memulakan saingan di Kelayakan Piala Asia 2023 dengan menentang Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh yang menanti dalam Kumpulan E.

Tiga aksi kelayakan itu berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 8-14 Jun ini, dengan juara kumpulan akan layak secara automatik ke pusingan akhir, tahun depan.

Manakala, lima naib juara terbaik daripada enam kumpulan di peringkat kelayakan itu turut akan layak bagi melengkapkan 24 pasukan di saingan kemuncak itu nanti.

FAISAL (kanan) didukung oleh de Paula selepas menjaringkan gol ketika menentang Brunei. FOTO AIZUDDIN SAAD
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mahu-ledak-gol-lagi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.032825 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list