View: 660|Reply: 0
|
Jaga posisi masing-masing - Harith Haiqal
[Copy link]
|
|
PEMAIN skuad bawah 23 tahun negara berlatih di Padang MSN, baru-baru ini, sebelum berlepas ke Uzbekistan. FOTO FB FAM
Kuala Lumpur: Bagi memastikan barisan pertahanan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara tampil ampuh terutama ketika turun dalam aksi pertama Kumpulan C menentang Korea Selatan di Piala Asia B-23 di Uzbekistan, Khamis ini, masalah 'positioning' perlu diatasi segera.
Jelas bek tengah pasukan, Harith Haiqal Adam Afkar, kelemahan itu dihidu barisan kejurulatihan negara ketika bersaing di temasya Sukan Sea di Hanoi, Vietnam dua minggu lalu.
Katanya, kelonggaran di bahagian itu nyata merugikan skuad negara apabila mudah dibolosi pihak lawan meskipun menguasai aksi sepanjang 90 minit permainan.
"Saya nak cakap kurang komunikasi pun tidak sebenarnya, bagi saya ia lebih kepada pertahanan punya 'positioning'.
"Komunikasi pada saya tiada masalah sangat kerana kami berkomunikasi dengan baik atas padang," katanya sekali gus menolak dakwaan segelintir pihak yang mengatakan masalah komunikasi punya benteng negara mudah dibolosi.
Selain Korea Selatan, skuad muda negara akan berdepan Thailand dan Vietnam dalam Kumpulan C itu, dengan Harith percaya dua pasukan serantau itu pastinya tampil berbeza di Piala Asia.
Katanya, walaupun sudah berjumpa dengan Thailand dan Vietnam di Sukan Sea, namun ketiadaan tiga pemain lebih umur dalam skuad mereka tentunya memberi cabaran yang berlainan.
"Saya harap kita dapat atasi kelemahan yang perlu perbaiki sebab saya rasa di Piala Asia nanti ia akan jadi aksi yang lain.
"Sebab di Sukan Sea, mereka (Vietnam) bawa tiga pemain lebih umur, begitu juga dengan Thailand. Jadi dengan ketiadaan tiga pemain lebih umur ini, permainan nanti akan jadi lain," katanya.
Di Sukan Sea sebelum ini, Malaysia menang ke atas Thailand 2-1 di peringkat kumpulan sebelum tewas 0-1 kepada Vietnam di separuh akhir, dengan skuad kendalian Brad Maloney tampil tanpa seorang pun pemain lebih umur berbanding dua lawan itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... asing-harith-haiqal |
|
|
|
|
|
|
| |
|