|
KEBAKARAN kilang membuat tilam di Jalan Jelebu. FOTO Ihsan Pembaca
Seremban: Kebakaran sebuah kilang membuat tilam di Jalan Jelebu, di sini, petang tadi mengeluarkan api besar dan asap tebal sehingga boleh dilihat dari jarak beratus meter.
Komander Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Sembilan Mohd Hidayat Basly berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 6.45 petang sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bergegas ke lokasi.
"Kami turut dibantu anggota dari BBP Ampangan, Seremban 2, Senawang dan Nilai ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.
"Kebakaran membabitkan kilang yang menghasilkan tilam berkeluasan 6,096 meter persegi dan kebakaran dianggarkan sebanyak 80 peratus," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Hidayat berkata, bagaimanapun status mengenai mangsa yang terbabit dalam kejadian ini belum diketahui berikutan kerja pemadaman masih dijalankan.
"Kami akan memaklumkan maklumat terkini dari masa ke semasa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enjulang-asap-tebal |
|