View: 601|Reply: 0
|
Formula Pan-gon berhasil
[Copy link]
|
|
REAKSI Pan-gon (dua kanan) pada perlawanan semalam. FOTO Aizuddin Saad
Kuala Lumpur: Corak permainan baharu yang diterapkan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon nyata berhasil apabila mereka berjaya menundukkan Brunei 4-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Walaupun skuad Harimau Malaya yang berada di ranking ke-154 dunia itu menang ke atas pasukan di ranking ke-191, Pan-gon sama sekali tidak menganggap itu satu kelebihan sebaliknya mahu terus fokus mempersiapkan pasukan untuk jangka masa panjang.
Bekas jurulatih Hong Kong itu juga mahu terus memberi fokus kepada rentak permainan anak buahnya ketika ini kerana dia tidak mahu mereka mengulangi 'tabiat lama' yang menjadi kebiasaan.
"Saya faham pemain perdepan perlawanan sukar dan saya menghargai tujuh hari (latihan) di mana mereka memberikan 100 peratus komitmen dan cuba untuk terima perkara baharu.
"Akan tetapi mereka bukan mesin, mereka perlu menyesuaikan diri dan saya jangka kami boleh menjadi pasukan yang lebih baik," kata Pan-gon.
Pan-gon terus mengulangi perkara yang sama apabila dia sentiasa menanamkan dalam minda rakyat Malaysia bahawa permainan bukan hanya tentang kemenangan, tetapi ia lebih kepada mencipta DNA bola sepak agar peminat boleh berasa berbangga.
"Saya fikir adalah lebih baik untuk tidak menyerang individu (pemain). Jangan menyerang setiap kesilapannya, sebaliknya menunjukkan sokongan penuh dan sentiasa bersatu kerana ia sangat penting.
"Kami memilih pemain agar mereka bermain untuk negara. Sudah tentu kami memberi penghormatan kepada mereka disebabkan mereka berjuang untuk negara.
"Jika mereka malas, tidak bersemangat atau pamerkan sikap tidak baik, maka itu berbeza bagi saya. Saya tahu kami tidak boleh memberikan kemenangan pada setiap perlawanan, tetapi kami menunjukkan semangat yang tinggi," katanya.
Sementara itu, jurulatih Brunei, Rosanan Samak menegaskan beliau hanya pengendali sementara tetapi mengakui sesiapa yang dilantik sebagai ketua jurulatih seterusnya pasti akan menghadapi tugas berat.
Tambahnya lagi, selepas setahun tanpa sebarang aksi akibat Covid-19, pemainnya menunjukkan kemerosotan dari segi kecergasan termasuk kemahiran dalam pelbagai aspek.
Skuad Harimau Malaya dijadual bertemu Hong Kong dalam aksi persahabatan seterusnya 1 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum memulakan saingan sebenar kelayakan Piala Asia berdepan Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh dalam Kumpulan E.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... la-pan-gon-berhasil |
|
|
|
|
|
|
| |
|