CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 642|Reply: 0

De Paula bantu Harimau Malaya baham Brunei

[Copy link]
Post time 28-5-2022 12:06 PM | Show all posts |Read mode

Guilherme de Paula. - Foto FAM



KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya 'merasmikan' aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas lebih dua tahun dengan langkah kanan apabila menjadikan Brunei sebagai 'mangsa' menerusi kemenangan 4-0, sebentar tadi.

Ini adalah kemenangan kedua buat pengendali baharu, Kim Pan Gon sekali gus membekalkan tonik terbaik sebelum mengharungi satu lagi aksi persahabatan menentang Hong Kong di venue sama, Rabu ini.


Pemain Malaysia, Muhammad Syafiq Ahmad menanduk gol sambil diasak pemain Brunei, Muhd Afi Aminuddin pada Perlawanan pesahabatan Antarabngsa Malaysia menentang Brunei di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Aswadi Alias



Pemain Malaysia, Mohamadou Sumareh menanduk bola sambil diasak pemain Brunei, Muhd Afi Aminuddin (depan) pada perlawanan aksi persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Brunei di Stadium Nasional, Bukit Jalil. NSTP/ASWADI ALIAS.

Menentang lawan di ranking ke-191 dunia itu, peluang jelas dimanfaatkan sepenuhnya oleh Pan Gon untuk menjalankan 'eksperimen' terutamanya dengan memberikan penampilan pertama kepada pertahanan, V Ruventhiran.

Selain Ruventhiran, Pan Gon turut memberikan kepercayaan kepada beberapa pemain simpanan antaranya seperti Khairul Azhan Khalid, Syahmi Safari, Mohamadou Sumareh dan Faisal Halim untuk membarisi kesebelasan utama.

Malaysia bermain dengan 10 pemain sejurus sepak mula apabila Sumareh dirempuh pemain Brunei sehingga memaksa pemain naturalisasi itu dikeluarkan seketika untuk menerima rawatan di tepi padang.



Pemain Malaysia, Muhammad Syafiq Ahmad (kanan) diasak pemain Brunei, Muhd Hanif Hamir pada Perlawanan pesahabatan Antarabngsa Malaysia menentang Brunei di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Aswadi Alias

Gawang Brunei hanya sempat bertahan 15 minit selepas Malaysia membuka jaringan menerusi tandukan Syafiq Ahmad berpunca daripada sepakan sudut yang diambil Ruventhiran.

Beberapa percubaan tanpa 'tujuan' yang dilancarkan pemain negara selepas itu tidak cukup untuk mengubah kedudukan sehinggalah Syamer Kutty Abba menyudahkan hantaran satu dua Faisal untuk menjadikan kedudukan 2-0 di penghujung babak pertama.

Sekalipun terlepas peluang meledak gol pada minit ke-50 namun Guilherme de Paula menjadi 'arkitek' untuk gol ketiga Malaysia selepas hantarannya disempurnakan Faisal pada minit ke-57 sebelum dia mensia-siakan kesempatan terbaik untuk menambah gol keempat Malaysia tiga minit berselang.

Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi gamat apabila detik yang amat dinantikan ribuan penyokong hadir pada minit ke-81 selepas De Paula tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk menjadikan kedudukan 4-0.
https://www.bharian.com.my/sukan ... malaya-baham-brunei
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.032338 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list