View: 1322|Reply: 10
|
Penunggang Motosikal Jatuh Kerana Wanita Lintas Jalan Tak Toleh Kiri Kanan
[Copy link]
|
|
Setiap kali sebelum melintas jalan, kita perlu memandang kiri dan kanan untuk memastikan keadaan selamat, tetapi ada segelintir individu tidak mengendahkan kenderaan yang lalu-lalang.
kredit foto: TikTok
Baru-baru ini, tular video TikTok memaparkan sebuah motosikal terbalik kerana mahu mengelak seorang wanita dan anaknya yang sedang melintas jalan dengan selambanya.
Difahamkan, penunggang motosikal yang terkejut kerana mereka tiba-tiba melintas di hadapannya cuba mengelak, tetapi terjatuh. Manakala wanita dan anak itu pula di tempat kejadian itu terus berjalan tanpa rasa bersalah.
kredit foto: TikTok
Menjengah di ruang komen pula, ramai netizen kecewa dengan tindakan cuai wanita itu kerana dia telah membahayakan nyawanya dan orang lain. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg Ade jenis cmnie
Main jalan je
Ataupn yg jenis lintas melenggang2
Maybe mereka ade ilmu kebal |
|
|
|
|
|
|
|
tu belum kira jalan dengan headphone/earphone kat telinga. dengan harapan semua orang nampak kau melintas |
|
|
|
|
|
|
|
sejenis
"Kalau korang langgar aku, korang yang salah, sebab aku perempuan yang dukung anak kecik."
sialan. kalau aku JKM, aku keluar arahan asingkan budak tu dari maknya.
berdasarkan bukti video, mak dia takleh protect anak dia, malah mengundang kemudaratan.
tapi tu lah.. apa-apa jadi, orang yang langgar jugak dipersalahkan nanti
saman la perempuan ni. membahayakan rakyat awam |
|
|
|
|
|
|
|
Kak, nasib akak tak kena tibai dgn penunggang motor tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Seram pula tengok penunggang motor tu jatuh macam tu. semoga takde anggota badan cedera parah. |
|
|
|
|
|
|
|
ko baru keluar dari kandang ke hah noreen? main lintas jalan menoreen buta tak tengok kiri kanan tapi orang lain pulak yang kena |
|
|
|
|
|
|
|
Mujo brother tu tak terperosok bwh lori |
|
|
|
|
|
|
|
Iols pulak rasa, perempuan tu melintas berdasarkan pertimbangan yg langkah dia tu ngam lepas sebelum kereta yg ada dashcam tu sampai. Habis tu, dah motor tu yg tetiba je overtake gitu selit2 macam biasa lah perangai motor. So mendapat lah cash kat situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
I nak padankan muka motor ni tibaw cilok tepi lori. Yg lady ni dia memang jaywalking next time kalau jln mcm ni tunggu la dulu lori lepas sebab tak nampak apa yg oncoming sebelah lori ke maupun belakang lori.
Kalau tengok tepi jalan kiri semua motor kat situ naper motor sekor ni pula tak sabar ke apa? |
|
|
|
|
|
|
| |
|