View: 639|Reply: 0
|
Kelantan FC masih belum lagi selamat
[Copy link]
|
|
REZAL
Sekali pun cemerlang untuk berada di puncak Liga Premier selepas mengharungi lapan perlawanan, pengendali Kelantan, Rezal Zambery Yahya menyatakan masih terlalu awal untuk memikirkan tentang Liga Super musim depan.
Di sebalik rasa puas dengan apa yang diserlahkan anak-anak buahnya, Rezal juga melontarkan cabaran buat barisan pemain untuk terus kekal dengan momentum positif, sekali gus kekal meraih dalam baki aksi musim ini.
“Pada saya, masih terlalu awal kerana kalau ikutkan, saya mahu lihat sejauh mana kemampuan kita sepanjang pusingan pertama. Sekarang kita ada satu lagi perlawanan untuk melengkapkan pusingan pertama.
“Paling penting, kalau mahu capai target, kami kena menang perlawanan selepas ini. Momentum pemain sedang berada dalam keadaan baik cuma dalam tempoh sekarang saya perlu perbetulkan dan rancang strategi terbaik untuk hadapi Kelantan United,” katanya.
Selepas meraih tujuh kemenangan dalam lapan aksi awal, malam esok, The Red Warriors bakal mengharungi derbi Kelantan, menentang Kelantan United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.
Mengulas aksi tumpuan membabitkan warga Kelantan itu, Rezal enggan terlalu memikirkan tentang status perlawanan, sebaliknya akan menghadapi perlawanan itu sama seperti menentang kelab lain.
“Memang ramai penyokong yang mahu saksikan perhitungan The Red Warriors dan Kelantan United kerana mereka mahu lihat siapa juara Kelantan sebenar. Pada saya, itu tidak penting kerana kesungguhan pemain jadi keutamaan.
“Siapa pun lawan kita, target kita adalah untuk dapatkan tiga mata. Saya tidak terlalu menghiraukan tentang derbi kerana tujuan kita tetap sama untuk dapatkan kemenangan,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... belum-lagi-selamat/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|