CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 673|Reply: 0

Safawi tekad ulangi pencapaian 2019

[Copy link]
Post time 26-5-2022 12:24 PM | Show all posts |Read mode

Safawi bersama rakan sepasukan Harimau Malaya ketika menjalani latihan menjelang aksi pusingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, bulan depan.

PEMAIN sayap sensasi, Muhammad Safawi Rasid tekad membantu Harimau Malaya menjelmakan semula prestasi cemerlang pada 2019 bagi pusingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, bulan depan.

Sekiranya diberikan kepercayaan untuk diturunkan oleh ketua jurulatih Kim Pan-gon, Muhammad Safawi yakin boleh berbuat demikian, apatah lagi dengan sokongan pemain ke-12 yang bakal hadir ke ‘kandang keramat’ Harimau Malaya dalam pusingan kelayakan itu kelak.

"Saya rasa kelebihan beraksi di laman sendiri adalah peluang terbaik bagi saya dan pasukan buktikan sesuatu buat Malaysia.

"Saya akan jelmakan semula prestasi cemerlang 2019 dan mahu buktikan yang saya boleh buat sesuatu bantu pasukan nanti,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan skuad Harimau Malaya di sini hari ini.

Harimau Malaya ketika di bawah kendalian Tan Cheng Hoe, menampilkan prestasi terbaik mereka pada musim 2019 dengan merekodkan sembilan kemenangan daripada keseluruhan 13 perlawanan termasuk aksi persahabatan dengan empat daripadanya menewaskan pasukan dalam ranking lebih tinggi pada waktu itu.

Mengulas mengenai kelebihan beraksi di laman sendiri pada saingan kelayakan itu, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, beliau dan rakan sepasukan tidak merasa terbeban dengan situasi tersebut namun akan menyahut cabaran untuk memastikan Malaysia mencatat keputusan positif.

Sementara itu, pemain Petaling Jaya City, V Ruventhiran, yang bangga dapat menyertai kem latihan skuad kebangsaan buat kali pertama sepanjang kariernya, tidak sabar untuk mempelajari taktikal Pan-gon serta barisan kejurulatihan lain.

"Saya percaya satu hari nanti masa saya akan tiba. Sekarang, saya di sini dan saya perlu terus gigih berusaha,” katanya.


Pemain berusia 21 tahun itu percaya kemenangan pada aksi pemanas badan menentang Brunei, Jumaat ini akan dapat memberi suntikan motivasi kepada pasukan untuk tampil lebih yakin pada pusingan kelayakan Piala Asia 2023.

Ruventhiran dipanggil ke kem latihan bagi menggantikan tempat pemain Negeri Sembilan, Khair Jefri Jones, yang terpaksa digugurkan akibat kecederaan buku lali ketika perlawanan Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC pada 17 Mei lepas.

Selain Brunei, Malaysia dijadual bertemu Hong Kong dalam satu lagi aksi pemanas badan pada 1 Jun.

Harimau Malaya bakal berdepan Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) pada aksi Kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ngi-pencapaian-2019
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.105076 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list