CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang kenal pasti kawasan tanam jagung

[Copy link]
Post time 25-5-2022 08:33 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang kenal pasti kawasan tanam jagung
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 25 Mei 2022




Muhaimin (tengah) menunjukkan durian yang disediakan sempena majlis hari bertemu pelanggan Jabatan Pertanian negeri pada Rabu.


BUKIT MERTAJAM - Kerajaan negeri Pulau Pinang sudah mengenalpasti beberapa kawasan yang sesuai dan berpotensi bagi tanaman jagung sebagai alternatif makanan ayam dalam skala kecil di tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL) di negeri itu.


Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Muhaimin Ibrahim berkata, beberapa kawasan dikenalpasti antaranya di sekitar kawasan Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan untuk tujuan berkenaan.


Beliau berkata, pihaknya menjangkakan tanaman jagung itu bakal dimulakan pada tahun ini selepas perbincangan lanjut diadakan bersama pihak berkaitan.


“Tanaman bijirin jagung ini memerlukan kawasan yang luas dan tanah yang sesuai kerana kita mahu hasil yang berkualiti.


“Sebagai contoh, kita sudah mengenalpasti kawasan seluas 32.4 hektar untuk tanaman bijirin jagung ini, tetapi kita perlu lihat juga bentuk muka buminya,” katanya ketika majlis hari bertemu pelanggan Jabatan Pertanian negeri di sini pada Rabu.


Pada Selasa, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan Pulau Pinang bersedia mempertimbangkan permohonan daripada mana-mana pihak untuk mengusahakan tanaman jagung sebagai alternatif makanan ayam dalam skala kecil di tanah TOL di negeri itu.


Kon Yeow berkata, pihaknya menggalakkan petani untuk menceburi tanaman jagung itu dalam skala kecil kerana ketika ini permohonan untuk tanah TOL kebanyakannya hanya untuk penanaman buah-buahan.


Beliau berkata, penanaman bijirin atau jagung untuk makanan ayam berskala besar tidak sesuai di Pulau Pinang yang mempunyai keluasan tanah kecil dan setakat ini hanya penanaman padi dalam skala besar sahaja dijalankan iaitu di kawasan Seberang Perai Utara.


"Tanah TOL juga sebenarnya pegangannya perlu diperbaharui setiap tahun (satu tahun) dan ia tidak sesuai untuk tanaman jangka panjang.


"Keluasan tanah TOL juga cuma sekitar 10,000 kaki persegi dan terdapat plot-plot kecil untuk individu sekitar 2,000 hingga 5,000 kaki persegi yang kerap dimohon untuk aktiviti pertanian," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... awasan-tanam-jagung
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.035170 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list