CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 429|Reply: 0

[Perlis] Kilang, cahaya lampu jadi petunjuk arah PATI ceroboh masuk

[Copy link]
Post time 25-5-2022 11:42 AM | Show all posts |Read mode
PADANG BESAR: Pendatang asing tanpa izin (PATI) didapati menjadikan bangunan kilang dan cahaya lampu di sekitar Chuping dan Padang Besar sebagai petunjuk arah bagi mereka membolosi sempadan negara.

Mendedahkan perkara itu, Pegawai Pemerintah Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Ramli Wan Salin, berkata mereka biasanya mula bergerak dari Thailand memasuki sempadan Padang Besar bermula jam 1 hingga 6 pagi.

"Setelah tiba ke Malaysia (Padang Besar), mereka (warga asing) akan dibantu tekong darat yang kebanyakannya warga tempatan untuk dibawa ke destinasi masing-masing," katanya kepada BERNAMA, baru-baru ini.

Ramli berkata, berdasarkan tinjauan udara oleh PGA bersama Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM), kawasan yang menjadi laluan PATI adalah kawasan lapang.


Katanya, pendatang asing yang ditahan terdiri daripada warga Myanmar, berusia 17 hingga 40 tahun dan mereka biasanya bergerak dalam kumpulan sederhana tidak melebihi 30 orang.

Beliau memaklumkan, tekong darat didapati mengenakan bayaran RM3,000 seorang bagi perjalanan dari Thailand ke Malaysia dan hasil risikan turut mendapati sejumlah warga Myanmar sedang menanti masa sesuai untuk membolosi sempadan negara secara berperingkat.

"Walaupun kita melakukan kawalan 24 jam, mereka sentiasa menunggu peluang sesuai untuk menceroboh sempadan negara dan PGA tidak akan membiarkan perkara itu berlaku," katanya.

Beliau berkata pihaknya turut berdepan cabaran mengheret tekong darat ke mahkamah kerana kesukaran mendapat bukti.

"Jika sabit kesalahan, tekong darat ini boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)," katanya. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... -pati-ceroboh-masuk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.080850 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list