View: 594|Reply: 0
|
Hadi Fayyadh tak serik ambil penalti
[Copy link]
|
|
HADI Fayyadh (tengah) ketika perlawanan separuh akhir menentang Vietnam. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Kuala Lumpur: Penyerang skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak mahu memadam kisah duka 'penalti tak masuk' untuk tampil lebih meyakinkan pada perlawanan Piala Asia B-23 di Uzbekistan, awal bulan depan.
Pemain yang beraksi bersama kelab Jepun, Azul Claro itu dan seorang lagi penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin gagal menyempurnakan sepakan penalti pada penentuan pingat gangsa menentang Indonesia selepas terikat 1-1 di Sukan Sea Hanoi, baru-baru ini.
Kegagalan mereka menyebabkan Malaysia tewas 3-4 kepada Indonesia, sekali gus menyaksikan skuad negara pulang dari Vietnam dengan tangan kosong.
Hadi berkata, kegagalan menyempurnakan penalti pada perlawanan terbabit tidak memberikan perasaan 'trauma' untuk terus mengambil sepakan itu pada perlawanan akan datang.
"Sudah semestinya saya mahu mengambil sepakan penalti, sebagai penyerang saya dahagakan jaringan gol, jadi jika ada penalti, saya akan jadi orang pertama untuk mengambilnya.
"Dalam bola sepak ini (gagal sepak masuk penalti) perkara biasa, penalti kadang-kadang masuk dan tak masuk dan memang ikutkan nasib, yang penting kita cuba.
"Insya- Allah masa hadapan akan cuba yang terbaik," katanya.
Selain itu, dia mengakui masih banyak perlu dilakukan walaupun berjaya meledak tiga gol pada penampilan di temasya Sukan Sea ke-31 itu.
"Secara jujurnya saya belum berpuas hati dengan persembahan, beraksi pada enam perlawanan dan menjaringkan tiga gol masih banyak perlu dipelajari dan diperbaiki.
"Saya akan terus berusaha dan memperbaiki kekurangan pada masa akan datang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... serik-ambil-penalti |
|
|
|
|
|
|
| |
|