CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 424|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bot penumpang ditahan langgar syarat

[Copy link]
Post time 23-5-2022 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Bot penumpang ditahan langgar syarat
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 23 Mei 2022




Maritim Malaysia Pulau Pinang menahan sebuah bot penumpang di kedudukan 0.5 batu nautika timur Pangkalan Weld di sini, pada petang Ahad.


GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah bot penumpang di kedudukan 0.5 batu nautika timur Pangkalan Weld di sini, pada petang Ahad.


Pengarahnya, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, bot berkenaan ditahan kira-kira jam 1.20 petang dalam rondaan yang dilakukan pihaknya.


Beliau berkata, seorang warta tempatan berumur 25 tahun yang juga nakhoda bot bernombor pendaftaran PPP 02307-P, turut ditahan berikutan nama nakhoda tidak terdapat di dalam buku lesen yang dikeluarkan.


"Bot berkenaan disyaki melakukan kesalahan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu gagal memaklumkan pertukaran nakhoda kepada pihak berkuasa.


"Pemeriksaan dan penahanan dilakukan semasa bot berkenaan dalam perjalanan mengambil penumpang di sebuah kapal tangki yang berlabuh di perairan Pelabuhan Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.


Abd Razak berkata, bot serta nakhoda ditahan dan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut.


Beliau menasihatkan pengusaha pengusaha bot penumpang agar mematuhi undang-undang yang dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.


Orang ramai serta komuniti maritim diseru untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti kesalahan di laut.


Sebarang aduan boleh disalurkan ke talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ahan-langgar-syarat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.273442 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list