View: 1262|Reply: 8
|
Pemandu Van Buat U-Turn Di "Double Line", Dilanggar Kereta
[Copy link]
|
|
Sikap pemandu di jalan raya sejak kebelakangan ini semakin merbahaya dan kebanyakan adalah berpunca daripada sikap memandu secara cuai dan tidak peduli tentang keselamatan di jalan raya.
kredit foto: Facebook
Petikan dari Redaksi, baru-baru ini ada video tular di media sosial Facebook yang memaparkan seorang pemandu van dari Rohingya yang dengan selambanya membuat pusingan U "double line" di jalan raya Senai, Johor.
Difahamkan, rakaman itu menunjukkan pemandu van itu membuat pusingan U secara tiba-tiba hinggakan pemandu kereta yang mempunyai "dashcam" tersebut tidak mempunyai waktu untuk menekan brek keretanya.
Tambahan pula, pemandu van tersebut telah mengakibatkan kemalangan yang melibatkan seorang ibu yang mengandung dan anak-anaknya yang masih bayi.
kredit foto: Facebook
Menjengah di komen pula, ramai yang sakit hati dengan pemandu van yang tidak bertimbang rasa dan melanggar peraturan di jalan raya, ada yang juga mengatakan mereka rasa sedih apabila dengar bayi menangis selepas dirempuh oleh van itu. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Seriau..kuat jgk accident tu..suka hati je nk u turn |
|
|
|
|
|
|
|
Ini oklah buat uturn sbb jalan straight dua hala, pagi tadi nampak org buat uturn kat roundabout. My brain was like apa yg aku nampak ni siot. Sekolah memandu mana ajar kau ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemandu keret ni pun dari jauh dah nampak van tu kau lagi tak slow down pesapa. You had ample time to break. Ni mesti anak pun not secured in babychair kan dah terpelanting. |
|
|
|
|
|
|
|
Driver kete tak slow down untuk elakkan kemalangan. Yg drive van pulak patut mati terus |
|
|
|
|
|
|
|
Warga asing senang2 je memandu tanpa lesen. |
|
|
|
|
|
|
|
yup2...dua2 menyumbang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Berani ye dengan takde lesen buat salah plak tu atas jalan raya. Kan dah susah kena pergi balai, claim insurans. Habis masa ke situ je. Dengan anak kecik lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap anak duduk dlm safety car seat |
|
|
|
|
|
|
| |
|