View: 638|Reply: 0
|
Shahrul yakin raih slot automatik
[Copy link]
|
|
SHAHRUL mengakui persiapan kali ini lebih rapi untuk menghadapi saingan kelayakan Piala Asia apabila pemain dapat dikumpulkan lebih awal. – FB FAM
TONGGAK pertahanan skuad Harimau Malaya, Shahrul Saad meluahkan keyakinan pasukan itu dapat meraih keputusan positif pada kempen kelayakan Piala Asia 2023 sekali gus meraih slot automatik ke pusingan akhir tahun depan.
Sebagai rekod, skuad negara yang dikendalikan oleh Kim Pan-gon kini sedang giat melakukan persiapan bagi mengharungi aksi Kumpulan E selepas diundi bersama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh dengan semua perlawanan dilakukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil bulan depan.
Kata Shahrul, tiada apa yang perlu digeruni oleh pemain negara memandangkan persiapan kali ini telah diatur dengan lebih rapi oleh barisan kejurulatihan selain tempoh masa juga agak panjang.
“Saya anggap peluang untuk kita meraih keputusan positif pada kelayakan Piala Asia nanti agak cerah kerana kali ini kita telah dikumpulkan dalam kem latihan pusat lebih awal.
“Malah, pasukan juga telah mengatur dua aksi persahabatan yang membolehkan barisan pemain lebih bersedia sebelum mengharungi perlawanan peringkat kumpulan nanti.
“Justeru, saya percaya kita tidak perlu gerun dengan mana-mana pasukan selain berusaha untuk memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri kerana mereka mungkin tidak biasa dengan faktor cuaca di negara kita,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Sementara itu, pemain berusia 29 tahun itu turut berharap dapat menyumbangkan sesuatu buat pasukan andai diberi peluang seperti yang dilakukan untuk kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) pada kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang lepas.
“Secara peribadi, kejayaan dapat membantu JDT layak ke peringkat kalah mati ACL bulan lepas adalah pencapaian terbaik dalam karier saya.
“Sudah tentu mentaliti yang sama akan saya berikan jika diberi peluang nanti,” kata bekas pemain pertahanan Perak FC itu.
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... aih-slot-automatik/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|