CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 0

[Kedah] Tragedi hitam tumpang tidur rumah ibu saudara

[Copy link]
Post time 22-5-2022 03:28 PM | Show all posts |Read mode

Lelaki berusia 34 tahun (berbaju hitam) direman tujuh hari bagi membantu kes rogol remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga anak saudaranya di sebuah rumah di Bandar Mutiara, semalam.Suspek ditahan polis jam 12.38 tengah malam tadi susulan laporan dibuat mangsa. FOTO IZAD THAQIF HASSAN

Sungai Petani: Tindakan seorang remaja bawah umur menumpang tidur di rumah ibu saudaranya di sini semalam berakhir dengan tragedi hitam apabila dia dirogol suami wanita itu.

Difahamkan, mangsa berusia 15 tahun yang sudah berhenti sekolah itu dijaga neneknya sejak setahun lalu namun dia terpaksa menumpang di rumah suspek kerana neneknya itu pulang ke kampung mereka di Pendang selama dua hari.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa dikatakan tidur di dalam sebuah bilik bersama ibu saudara dan dua sepupunya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa dan susulan daripada itu suspek yang berusia 34 tahun dan bekerja sebagai buruh ditahan.

"Dalam laporan polis yang dibuat, mangsa mendakwa suspek masuk ke bilik tidur sebelum meraba tubuh serta merogolnya dan dia cuba melawan namun tidak berdaya.

"Selain itu, mangsa juga mendakwa dia tidak berani menjerit kerana ketakutan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati ketika kejadian mangsa tidur dalam sebuah bilik bersama ibu saudaranya serta dan dua sepupu berusia lapan dan tujuh tahun.

"Mangsa dibawa menjalani pemeriksaan di hospital dan hasilnya mendapati ada kesan tusukan benda tumpul selain kesan koyak baru pada kemaluannya.

"Anggota forensik turut menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya, suspek ditahan jam 12.30 tengah malam tadi dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-rumah-ibu-saudara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.055138 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list