View: 391|Reply: 0
|
Maloney hanya fokus hadapi Vietnam
[Copy link]
|
|
Ketua jurulatih bawah 23 tahun negara, Brad Maloney akan mempersiapkan pasukan bagi berdepan Vietnam pada separuh akhir Sukan SEA. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Soal mengenai jalan mudah ataupun jalan sukar dalam misi merebut 'ibu segala pingat' bukan itu yang bermain dalam fikiran pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney.
Ini kerana tumpuannya lebih terarah kepada persiapan yang lebih mantap selepas mereka 'memilih' untuk berdepan juara bertahan, Vietnam pada aksi separuh akhir di Stadium Viet Tri, malam esok.
"Semua pasukan yang layak ke separuh akhir adalah pasukan yang baik. Jika kita mahu menjadi juara, kita perlu tewaskan pasukan yang terbaik apabila kita berada di peringkat seterusnya.
"Siapapun yang menjadi lawan kita (di separuh akhir), kita harus bekerja keras seperti aksi di peringkat kumpulan dan berusaha sebaik mungkin menentang pasukan lawan," kata Maloney.
Terdahulu, skuad 'Harimau Muda' akan berdepan Vietnam yang juga pasukan tuan rumah susulan kejayaan Thailand muncul juara Kumpulan B apabila menewaskan Laos 1-0.
Kemenangan itu menyaksikan Thailand yang mengumpul sembilan mata sepanjang aksi peringkat kumpulan akan berdepan naib juara Kumpulan A, Indonesia.
Malaysia melepaskan peluang untuk muncul juara kumpulan bagi mengelak pertembungan sukar dengan Vietnam selepas terikat 2-2 dengan Kemboja dalam aksi pada sebelah petang.
Sebagai rekod, skuad bimbingan Park Hang Seo itu mengungguli Kumpulan A hasil tiga kemenangan dan satu keputusan seri untuk mengutip 10 mata
https://www.bharian.com.my/sukan ... okus-hadapi-vietnam |
|
|
|
|
|
|
| |
|