View: 417|Reply: 0
|
Tonik buat Penang ubah nasib
[Copy link]
|
|
Pemain Penang meraikan jaringan ketika menentang Perak FC pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Perak malam tadi. FOTO FB MFL
KUALA LUMPUR: Kejayaan menempah tiket ke suku akhir Piala FA jelas menjadi tonik terbaik buat Penang FC (PFC) dalam misi mengubah nasib mereka yang ketika ini terperosok di dasar Liga Super.
Sekalipun dipalit dengan masalah prestasi dalam saingan liga, ia bukanlah halangan bagi skuad Harimau Kumbang menumbangkan pasukan tercorot Liga Perdana, Perak FC 4-1 sekali gus meneruskan kemaraan dalam pertandingan itu.
"Berdasarkan keadaan semasa pasukan yang berjaya layak ke suku akhir, ini satu motivasi yang tinggi kerana selepas ini kita akan mengharungi aksi Liga Super berdepan Sabah FC.
"Kejayaan ini pasti akan menaikkan moral pasukan dan semangat pemain untuk membantu pasukan menempatkan diri dalam keadaan yang lebih baik berbanding kedudukan terbawah ketika ini," kata jurulatih sementara PFC, Manzoor Azwira Abdul Wahid.
Pada aksi di Stadium Perak itu, PFC mengesahkan kemenangan menerusi dua jaringan Hilal Al-Helwe dan masing-masing satu daripada gol sendiri Aiman Khairul dan Adib Raop manakala gol sagu hati The Bos Gaurus disumbangkan Aqil Hilman.
Pada masa sama, Manzoor turut menegaskan anak buahnya tidak boleh diulit terlalu lama dengan kejayaan di Piala FA memandangkan tugasan besar terus menanti mereka dalam kancah Liga Super.
"Masih banyak perkara yang perlu diperbetulkan di bahagian pertahanan, tengah dan serangan bagi memantapkan pasukan. Cuma kemenangan itu memberi petanda positif untuk kembali bersaing di Liga Super.
"Pemain pun sudah tentu faham bahawa mereka perlu memperbaiki kelemahan yang kita hadapi sekarang ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... t-penang-ubah-nasib |
|
|
|
|
|
|
| |
|