View: 371|Reply: 0
|
Gamel akur Sri Pahang tewas
[Copy link]
|
|
GAMEL pada sidang media. FOTO Asrol Awang
Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Christophe Gamel akur skuadnya tewas 1-2 kepada Sarawak United di Stadium Darul Makmur, malam tadi.
Jurulatih berasal dari perancis itu berkata, kekalahan itu lebih menjurus kepada kekurangan seorang pemain yang dihadapi skuad Tok Gajah itu.
"Sebaik Muslim Ahmad dilayangkan kad merah, ia menjejaskan persembahan pasukan dan kekurangan itu dimanfaatkan sepenuhnya Sarawak United.
"Pemain sudah sedaya upaya untuk memberikan tentangan terutama menambah jaringan tetapi ia tidak berhasil.
"Saya akur tewas pada malam ini dan berharap skuad ini kembali bangkit pada perlawanan selepas ini," kata jurulatih berumur 50 tahun itu.
Pada perlawanan itu, skuad Tok Gajah terpaksa bermain dengan 10 pemain sepanjang tempoh baki 50 minit selepas pemain pertahanan, Muslim dilayangkan kad merah pada minit ke-40.
Muslim dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Mohamad Kamil Zakaria Ismail akibat mengasari penyerang Sarawak United, Francis Kone.
Namun, kekurangan seorang pemain tidak menghalang Sri Pahang yang akhirnya membolosi gawang lawan hasil sentuhan Hidalgo pada minit ke-45.
Bagaimanapun, Sarawak United bangkit pada babak kedua apabila menjaringkan dua gol, masing-masing satu oleh Nur Shamie Iszuan Amin dan Uche Agba pada minit ke-54 dan 72.
Mengulas sepanjang tempoh 90 minit perlawanan, Gamel berkata, skuadnya menguasai permainan terutama pada separuh masa pertama.
"Bagaimanapun, sekurang-kurangnya empat peluang dimiliki termasuk yang terkena tiang menyebabkan Sri Pahang terlepas untuk menewaskan lawan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ur-sri-pahang-tewas |
|
|
|
|
|
|
| |
|