View: 382|Reply: 0
|
Kenari nafi berdepan ‘gelora’ luar padang
[Copy link]
|
|
KEDAH (baju merah) mensia-siakan kelebihan mendahului tiga kali sebelum seri 3-3 dengan PJ City kelmarin. - IHSAN KDA FC
PETALING JAYA: Penolong Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Victor Andrag menafikan kelab berkenaan berdepan masalah selepas gagal melakar keputusan positif dalam tiga perlawanan terakhir dalam saingan Liga Super.
Kelmarin, skuad kenari gagal mengutip mata penuh selepas sekadar seri 3-3 dengan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) sebelum itu mereka tewas 2-3 kepada Melaka United dan dibelasah 0-4 oleh Sabah FC.
“Kita tiada masalah, termasuk dalam padang atau luar padang, nampak situasi semuanya baik ketika ini. Tapi bila kita bermain, ada saja yang tidak kena dan kesilapan yang berlaku terutama di hujung perlawanan,” kata Victor.
Selain itu, Victor juga mengakui, dia sendiri ‘pening’ dan hairan mengapa pasukannya gagal meraih tiga mata penuh biarpun berjaya mendahului sebanyak tiga kali dalam perlawanan menentang PJ City FC.
Dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kelmarin, Kedah perlu menyalahkan diri sendiri apabila membenarkan PJ City CF bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat 3-3.
Penyerang import Kedah, Ronald Ngah Wanja melakar hatrik di minit 20, 33 dan 65 manakala gol PJ City CF hadir menerusi Darren Lok pada minit ke-29, Mahali Jasuli miniti ke-77) dan Khyril Muhymeen Zambri minit ke-83.
“Kita mendahului…Tiga kali kita di depan, tapi akhirnya kita lepaskan ia (gol). Kita tak pasti mengapa pemain kita tidak boleh susun antara mereka, sebagai jurulatih kita sudah buat perubahan tapi pemain yang berada dalam padang.
“Kita bercakap dengan pemain dan kita cuba berbincang dengan pemain, kita harapkan keputusan positif. Namun ia masih berlaku, di minit-minit akhir kita hilang fokus,” katanya.
Mengulas mengenai desakan penyokong yang mahu perubahan dilakukan pada jendela perpindahan kedua hujung bulan ini, Victor akui ia perlu bagi memastikan skuad kembali mantap selepas ini. – UTUSAN
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=52 |
|
|
|
|
|
|
| |
|