View: 462|Reply: 0
|
Bukan mustahil tumbangkan Denmark
[Copy link]
|
|
Skuad badminton wanita negara menjalani sesi latihan menjelang aksi Piala Uber menentang Denmark di Stadium Impact Arena semalam. - FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR: Skuad wanita negara diingatkan untuk tidak terlalu menghormati lawan menjelang pertemuan dengan Denmark dalam aksi sulung Kumpulan C saingan Piala Uber di Bangkok, Thailand esok.
Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, berkata peluang Malaysia untuk melakar kejutan ke atas Denmark bergantung kepada dua pemain perseorangan iaitu S Kisona dan Goh Jin Wei.
"Kalau Kisona dan Jin Wei mampu mempamerkan prestasi terbaik mereka dan dua beregu kita bermain tanpa tekanan, saya percaya kita mampu mengejutkan Denmark.
"Saya mahu semua pemain bermain dengan 'nothing to lose' dan jangan terlalu menghormati lawan.
"Semua pemain ketika ini dalam "good condition'. Hari ini kita masih ada latihan dan selepas itu nanti kita akan pilih siapa yang akan diturunkan untuk perlawanan dengan Denmark," kata Rexy.
Kisona hampir pasti menggalas tugas selaku perseorangan pertama diikuti Jin Wei manakala slot bagi perseorangan ketiga akan rebutan antara Eoon Qi Xuan, Myisha Khairul dan Tan Zhing Yi.
Bagi acara beregu pula, juara Terbuka Switzerland 2021, Pearly Tan-M Thinaah dijangka menjadi sandaran bagi menggalas tugas selaku pasangan utama manakala gandingan Teoh Mei Xing-Anna Cheong kedua.
Selepas aksi bertemu Denmark, skuad negara akan bertemu Thailand pada Isnin sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan menentang Mesir pada Selasa.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -tumbangkan-denmark |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|