CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 618|Reply: 0

[Terengganu] Tukang jahit pergi selamanya selepas beri salam solat sunat

[Copy link]
Post time 7-5-2022 02:19 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR kenangan arwah Muhammad Fakhrul Dhiya Islam (kiri) sedang membaca al-Quran. FOTO Ihsan keluarga

Kuala Terengganu: "Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun mengadu letih berikutan banyak tempahan pakaian perlu disiapkan."

Begitu kata Che Termizi Abdullah, 58, bapa kepada Allahyarham Muhammad Fakhrul Dhiya Islam, 34, yang meninggal dunia selepas menunaikan solat sunat sebelum solat Subuh di surau Taman Seri Kolam, di sini, kira-kira 6 pagi kelmarin.

Che Termizi berkata, anak sulung daripada lapan beradik itu bekerja sebagai tukang jahit dan seorang anak yang baik serta mengambil berat soal keluarga.

Menurutnya, arwah tinggal menyewa bersama dua lagi rakannya untuk memudahkannya ke kedai jahit di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (HBMBKT).

"Tiap-tiap hari arwah akan menghubungi saya sekeluarga dan arwah sempat menyambut Aidilfitri bersama kami sebelum pulang ke rumah sewanya.

"Ketika pulang berhari raya arwah ada memberitahu dirinya sedikit letih kerana perlu menyiapkan tempahan pakaian raya.

"Saya reda dengan pemergian arwah kerana perginya amat dicemburui kerana meninggal selepas menunaikan solat di surau," katanya yang tinggal di Kampung Losong, di sini.

Menurutnya, selain menjahit, arwah juga aktif sebagai askar wataniah dan meminati sukan lasak serta seni mempertahankan diri.

Katanya, isterinya Suriati Salleh, 56, menerima panggilan telefon daripada rakan serumah arwah, pagi kelmarin memaklumkan kejadian berkenaan.

"Arwah sebelum ini menyambung pengajian di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Hulu Langat di peringkat diploma jahitan.

"Malah, arwah juga amat meminati bidang al-Quran tambahan pula datuknya Salleh Awang adalah qari peringkat Terengganu," katanya.

Katanya, jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Makam Lama, Seberang Baruh, di sini, kelmarin.

Sementara itu, rakan serumah arwah, Wan Huzaifah Wan Abdul Hamid Shukri, 25, berkata Allahyarham tinggal bersamanya sejak setahun lalu dan memikliki peribadi yang baik.

"Bagi saya, arwah memang hebat orangnya kerana sering berjemaah di surau dan perginya arwah pada subuh kelmarin amat dicemburui.

"Arwah sempat menunaikan solat sunat sebelum rebah selepas selesai memberi salam.

"Suara arwah membaca al-Quran amat sedap didengar dan sepanjang mengenali arwah adalah seorang tegas, namun tetap mempunyai sikap berlembut," katanya.

Katanya, dia masih terkejut dengan pemergian Muhammad Fakhrul kerana arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-salam-solat-sunat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.311021 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list