CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2700|Reply: 18

[Tempatan] Hotel area Bukit Bintang. Lelaki mati ditembak di dahi, rakan ditahan

[Copy link]
Post time 3-5-2022 11:12 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki mati ditembak, rakan ditahan
Nurul Hidayah Bahaudin


PIHAK polis melakukan pemeriksaan di hotel berkenaan. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Seorang lelaki tempatan ditemukan meninggal dunia dengan kesan tembakan di dahi dalam kejadian di sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira 7 malam.

"Siasatan awal dilakukan di lokasi mendapati kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 6 petang tadi.

"Pemeriksaan di dalam sebuah bilik di hotel berkenaan menemukan mayat mangsa berusia 49 tahun itu dengan kesan kecederaan dipercayai ditembak di bahagian dahi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Habibi berkata, siasatan awal mendapati mangsa mendaftar masuk ke hotel berkenaan kira-kira 6 petang tadi bersama seorang rakan lelakinya.

"Mereka datang dari Johor dan kami masih lagi menyiasat sebab kedua-dua individu berkenaan datang ke sini (Kuala Lumpur).

"Kami menahan rakan mangsa bagi membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

"Jumlah tembakan yang dilepaskan dalam kes ini masih disiasat. Pada masa sama, kami sedang mengenal pasti motif kejadian itu.

"Kami akan memaklumkan sebarang perkembangan kes ini dari semasa ke semasa," katanya.

Disiarkan pada: Mei 3, 2022 @ 10:59pm

sumber: hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2022 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh mula dah

Always watch your back
Or front
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Not FourSeasons KL, definitely
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 09:32 AM | Show all posts
wah sharp shooter well trained..siapakahhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya hotel yg.kat sebelah Loyat tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 10:00 AM | Show all posts
Ca..... Hotel???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2022 12:34 PM | Show all posts
Sama2 check-in lepas tu tembak kat dahi? Nak construct jalan cerita pun susah ni.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2022 05:32 PM | Show all posts
Tembak: Polis buru 2 suspek
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Polis memburu dua lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak mati seorang lelaki di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek warga tempatan masing-masing berusia 40-an dan 50-an.

Menurutnya, polis sudah mengenalpasti identiti kedua-dua suspek susulan penahanan seorang suspek yang juga rakan mangsa.

"Lelaki tempatan berusia 40-an itu sudah direman enam hari bermula hari ini sehingga Isnin depan.

"Usaha mengesan dua lagi suspek sedang giat dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Harian Metro malam tadi melaporkan, mayat lelaki berusia 49 tahun ditemukan dalam sebuah bilik di hotel dengan kesan kecederaan dipercayai ditembak di bahagian dahi, pada jam 7 malam.

Siasatan awal polis mendapati mangsa mendaftar masuk ke hotel berkenaan kira-kira jam 6 petang semalam bersama seorang rakan lelakinya.

Mereka dikatakan dari Johor, namun tujuan mangsa dan rakannya itu datang ke Kuala Lumpur masih dalam siasatan polis.

Sementara itu, Noor Dellhan berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenalpasti motif pembunuhan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Disiarkan pada: Mei 4, 2022 @ 1:46pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2022 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde info lanjutkah? Sepet ke, meleis ka, karapulley ka? Dah tentu hitman, they seldom fail kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pegi hotel cek in dengan kawan laki?  Kunyit ke?? #tanyeje
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 03:38 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 5-5-2022 03:07 PM
Pegi hotel cek in dengan kawan laki?  Kunyit ke?? #tanyeje

itu la korang igt sex je...


hasil siasatan abg bekas perisik mendapati antara tujuan lelaki check in hotel  selain menguyit ialah

1.main judi,
2. isap dadah
3.jual dadah


ke dah stoned isap dadah, pastu diorag main judi russian roulette cm kt tv, ok aku roll revolver ni, kita try tembak kt dahi tgk... sapa kena,

jgn terpedaya dgn kisah gerak khas orang isap dadah, main judi kt lorong gelap, rumah tinggal, skrg diroang isap dadah main judi  kt hotel tau



Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 03:40 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-5-2022 12:34 PM
Sama2 check-in lepas tu tembak kat dahi? Nak construct jalan cerita pun susah ni.

accident kot, mkgn nak acah2 je,


mgkn nak mintak hutang acah2 sekali tertembak...


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 5-5-2022 03:07 PM
Pegi hotel cek in dengan kawan laki?  Kunyit ke?? #tanyeje

Akak yang pervert ni pun tak speku macam tu sis… curlassttttt kau sis.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 11:45 PM | Show all posts
salimrock replied at 5-5-2022 03:38 PM
itu la korang igt sex je...

Check-in pukul 6, pukul 7 dah settle.

Boleh tahan laju buat keje.


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya kalu kes gini, yg jadi mangsa tembakan tu pun bukanlah baik jugak pun..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 09:12 AM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 5-5-2022 11:49 PM
Selalunya kalu kes gini, yg jadi mangsa tembakan tu pun bukanlah baik jugak pun..

smlm dah keluar berita, kes dadah, mgkn urusan jual beli dadah...

setuju juga dgn pendapat ko, jd tu la semoga ditempat kan di tempat yg sepatut nya, kalo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2022 09:58 AM | Show all posts
Kes tembak lelaki di hotel Bukit Bintang berkaitan dadah
Kasthuri Jeevendran -
5 May 2022

KUALA LUMPUR – Kes tembak mati seorang lelaki di sebuah hotel di Bukit Bintang, dekat sini malam Isnin lalu selesai selepas dua lagi suspek ditahan di sekitar Puchong lewat petang semalam.

Sebelum ini, polis telah menahan suspek utama berusia 49 tahun pada malam kejadian di hotel berkenaan dan kini direman sehingga 9 Mei ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, hasil siasatan awal polis mendapati ia ada kaitan dengan dadah.

”Pada 4 Mei 2022, jam 8.40 malam dua lelaki warganegara tempatan berusia antara 47 dan 51 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes ini ditahan di Puchong.

”Hasil tangkapan ini, kita berjaya menjumpai dan merampas sepucuk pistol Revolver .38 serta enam butir peluru dan satu lagi pistol semi auto Baretta bersama lapan butir peluru serta 1 kelopak peluru,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) di sini sebentar tadi.

Polis turut merampas sebuah motorsikal RS 150 berwarna merah, dua topi keledar hijau dan warna putih, tiga telefon bimbit serta beg pakaian.

Kedua-dua lelaki ini direman mulai hari ini.

“Dengan tangkapan dan hasil penemuan ini, polis percaya kita telah berjaya selesaikan kes pembunuhan tersebut,” ujar beliau.

Azmi berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati. Sidang media berjalan dengan lancar.

Kelmarin, Malaysia Gazette melaporkan, mayat lelaki berusia 49 tahun ditemukan dalam sebuah bilik di hotel dengan kesan tembakan di dahi pada jam 7 malam.

Polis mendapati mangsa mendaftar masuk ke hotel berkenaan kira-kira jam 6 petang semalam bersama seorang rakan lelakinya.

Laporan awal menyatakan mereka dikatakan dari Johor.

Namun, Azmi berkata, tujuan mangsa dan rakannya datang ke Kuala Lumpur masih dalam siasatan polis.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, kata Azmi, mangsa tersebut memiliki 13 rekod lampau, rata-ratanya berkaitan dadah dan satu daripadanya kes bunuh membabitkan siasatan di bawah Seksyen 302 serta culik.

“Suspek utama ada tujuh rekod lampau juga melibatkan kesalahan-kesalahan dadah. Mangsa dan suspek utama ini berasal dari alamat sama di Johor manakala yang dua lagi di Kuala Lumpur.

”Daripada siasatan awal, kita dapati kesemua suspek berada dalam bilik hotel sebelum insiden tembak itu berlaku. Polis percaya perjumpaan mereka ini atas urusan dadah,” tambah beliau. – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 11:51 AM | Show all posts
salimrock replied at 5-5-2022 03:38 PM
itu la korang igt sex je...

Hebatnya acik Salim...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 11:57 AM | Show all posts
Settle lah yer. Tahniah Polis.

Ingat dulu-dulu pernah pergi interview kawasan ni. Entah apa lah Paz pikir nak pergi interview kawasan tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.355984 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list