View: 355|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
337 helai jersi bola sepak tiruan dirampas
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/jersi_1651114744.jpg)
JERSI tiruan yang dijual di kedai peralatan dan pakaian sukan di Taman Perindustrian Nibong Tebal. FOTO ihsan KPDNHEP Pulau Pinang
Nibong Tebal: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang merampas 337 helai jersi pasukan bola sepak Pulau Pinang bernilai RM15,050 dipercayai tiruan di kedai peralatan dan pakaian sukan di Taman Perindustrian Nibong Tebal, di sini, semalam.
Serbuan jam 11.30 pagi itu diadakan sejurus mendapat aduan daripada Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang berhubung kegiatan penjualan jersi tiruan.
Pengarah KPDNHEP negeri, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, pasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP bersama wakil pemilik cap dagangan melakukan pemeriksaan di sebuah premis dekat sini.
"Hasil pemeriksaan terdapat 337 helai jersi dipercayai menggunakan cap dagangan palsu dan barangan itu dirampas untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Sementara itu, Mohd Ridzuan berkata, pihaknya turut menyerbu sebuah premis di Taman Industri Ringan Mak Mandin, Butterworth, dekat sini, yang menjalankan perniagaan kasut dipercayai berjenama tiruan secara dalam talian.
"Bagi premis ini, pemeriksaan penguat kuasa menemui 1,550 pasang kasut dan 400 pasang selipar dengan anggaran nilai RM42,750 yang dipercayai menggunakan cap dagangan disyaki palsu.
"Kesemua barangan ini turut disita untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata, kedua-dua kes itu disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pak-tiruan-dirampas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|