View: 2597|Reply: 24
|
Janting Anak Keling Umur 63 Tahun Buat Seks Dengan Kucing Sampai Kucing Mati
[Copy link]
|
|
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kucing dalam satu kejadian di sebuah taman permainan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai pada 16 April lalu.
Tertuduh, Janting Anak Keling, 63, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Fatimah Zahari.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang tidak bekerja itu telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu dengan seekor kucing menyebabkan kucing tersebut mati.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah taman permainan kawasan perumahan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai pada pukul 4.30 pagi, 16 April lalu.
Foto: Kosmo
Sehubungan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 377 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan denda atau sebatan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memberitahu, dia memohon agar wang jaminan dikurangkan kerana tidak bekerja dan hanya berada di negeri ini untuk melawat anaknya yang menetap di kawasan berkenaan.
Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan tarikh 25 Mei untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.
Difahamkan, mahkamah tidak menjatuhkan hukuman walaupun tertuduh telah membuat pengakuan bersalah adalah bagi membolehkan penilaian dibuat terhadap dokumen kes terlebih dahulu.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Thiviya.
Terdahulu, media melaporkan tertuduh ditahan selepas satu laporan polis dibuat keatasnya oleh seorang penduduk kawasan perumahan itu yang menjadi saksi kepada kejadian tersebut.-CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
nama ayah sangat racist ye.... ekeke.. apaaaa la dikongkeknya kucing tu pakcik oiii... nonek kau sebesar pensil ke.. ni padah kuat layan porn la ni... |
|
|
|
|
|
|
|
jijik apekah ini siakkkk? |
|
|
|
|
|
|
|
"Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memberitahu, dia memohon agar wang jaminan dikurangkan kerana tidak bekerja dan hanya berada di negeri ini untuk melawat anaknya yang menetap di kawasan berkenaan".
Yahampun noks. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulannya cari lah kerja. Ira kazar tak kerja, g kacau laki orang. Pakcik ni tak kerja g buat kelaku bangang lak kat kucing tak bersalah |
|
|
|
|
|
|
|
hashashes replied at 25-4-2022 02:09 PM
Kesimpulannya cari lah kerja. Ira kazar tak kerja, g kacau laki orang. Pakcik ni tak kerja g buat ke ...
Patut kenalkan ik dgn pokcik ni...sama2 dpt manfaat giteww |
|
|
|
|
|
|
|
kau tangkap kucing pastu .. ishhh.. tak tercapai akal sungguh!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah gila ke org ni. Kucing pun tak selamat |
|
|
|
|
|
|
| |
|