CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 1

[Pulau Pinang] Pemandu langgar 6 PATI sudah beri keterangan

[Copy link]
Post time 22-4-2022 12:23 AM | Show all posts |Read mode
Pemandu langgar 6 PATI sudah beri keterangan

Oleh Zuhainy Zulkiffli - April 21, 2022 @ 7:15pm  [email protected]




Anggota Imigresen dan RELA mengawal ketat laluan masuk Depot Imigresen Sementara Relau berikutan insiden pendatang asing tanpa izin (PATI) merusuh di Depot. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir




GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang sudah mengambil keterangan pemandu yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 165 Lebuhraya Utara Selatan (Plus), arah selatan berhampiran Jawi semalam sehingga menyebabkan enam pendatang tanpa izin (PATI) maut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pemandu yang juga lelaki berusia 50-an dan berasal dari Pulau Pinang itu tidak cedera dan masih terkejut dengan kejadian kemalangan.

"Pemandu masih dalam keadaan terkejut dan tidak menyangka ada orang melintas jalan di kawasan lebuh raya itu selain tidak memandu laju ketika kejadian.

"Siasatan masih dijalankan termasuk hubungan enam mangsa terbabit kemalangan yang terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan.

"Polis sudah mengenal pasti identiti enam mangsa warga Rohingya berkenaan terdiri daripada dua kanak-kanak berusia lapan dan sembilan tahun manakala empat lagi berusia 14, 18, 20 dan 36 tahun," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.

Kejadian itu sudah dimaklumkan kepada pihak kedutaan negara terbabit bagi tindakan selanjutnya termasuk urusan pengurusan mayat.

Dalam kemalangan yang dikatakan berlaku pada 6.50 pagi itu, sekumpulan tahanan berkenaan dikatakan mahu menyeberangi lebuh raya terbabit sebelum dirempuh kenderaan.

Mengulas lanjut Mohd Shuhaily berkata, setakat kini seramai 30 tahanan PATI yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau Bandar Baharu, semalam, berjaya ditahan semula oleh Polis Pulau Pinang.

Katanya, hingga jam 10 pagi tadi, dua lagi tahanan berjaya ditahan di kawasan sekitar Nibong Tebal dan polis juga akan menggunakan khidmat bantuan unit udara bagi mengesan kedudukan tahanan yang masih diburu.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 09:17 AM | Show all posts
Kejadian itu sudah dimaklumkan kepada pihak kedutaan negara terbabit bagi tindakan selanjutnya termasuk urusan pengurusan mayat.


dah alang2 ke duta tu bwk sekali 400 org hantar tros...bglah alasan pemberontak ke ape...tu pun nk ajar ke

btw yg kena tgkap blk tu masuk pusat tahanan blk ke camne??? ader bajet tanggung mkn minum ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.039169 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list